Isnin, Februari 14, 2011

Ehoza Day Trip


fist of all, DISCLAIMER dulu.
Gambar yang atas ni bukan aku punye.
Mamat neh yang punya.

Saksikan kualiti yang berbeza di antara kamera dia dan kamera murah kepunyaan aku.
Aku saje tarok gambar ni kat atas supaya "Networkblogs" akan kuar gambar ni kat pesbuk nanti.

Oklah, tayah citer panjang, korang pun nak nengok gambar je kan.
Marilah.

@@@@@

Sungai Tua, Ahad 13 Februari 2011.

Ekceli, pagi Ahad tu aku dah lalok.
Sebab Sabtu aritu aku penat, maen badminton, pastu kuar dengan Cheng, lepas tu plak lepak menDoTA dengan Ibanez..
pastu malam tu pegi ngedet plak..

Masa tu aku dah siap plan awal-awal nak
lebat dah untuk trip pegi Ulu Yam ni..
Alasan: sebab penat dan aku tak kenal sape sape dalam trip tu.
Ditambah lagi dengan percubaan untuk memujuk Lancelot @ Azriq Rieqhael gagal.

** lebat: canang kat semua orang kunun-kunun nak datang, tapi last last tak datang pun.

tapi memandangkan bila aku bukak pesbuk pagi esoknya..



aku nampak mesej Are-Rich kat pesbuk aku, jadi rasa bersalah plak aku melebat sebab aku da janji dengan Are-Rich nak pegi dengan dia. Padahal da janji nak pegi sama, tapi sejam sebelom bertolak baru aku dapat nombo tepong Are Rich. Sebab malam tu aku tak masuk pesbuk.

Aku rasa mesti malam tu Are Rich tak tido malam,

mungkin malam itu dia berkata,
"betoi ke manjacat ni nak amek aku,"
bisik die di dalam hati..
kalau die lebat tak dapat la aku nak jumpe amoy

@@@@@
The Trip Begins

@@@@@


Kul 8 pagi, Are Rich dan aku pun gerak dari LRT Bandar Tasik Selatan.
Dengan macho lagi gagah perkasanya aku parking keter aku kat tempat letak bas.
Sampai kene hon dengan bas pun aku dengan selambe derk je baru nak start keter.
Power Brabus aku ni..



Aku badjet nak sampai ke tempat berkumpul (Petronas sebelah Giant) kul 9 pagi,
tapi oleh kerana jalan tak jem. 8.15 aku dah sampai Petronas tersebut.
Sungguh inesen awal aku pada hari itu.
Aku sampai lagi awal dari Orgenaizer.
Kagum gile aku dengan diri sendiri.

Dalam itenerary sepatutnya gerak pukul 9.00 pagi,

tapi sebab menunggu Adeeb, 9.30 baru gerak.
Adeeb kata die lambat bangun.
Sampai kat tepong die dah dapat 4 message dan 18 misscall..
"Lagi 8 minit 1/2 aku sampai.." kata Adeeb di telepong ketika ktorang tengah menunggu dia.

Sampai Adeeb tadek can langsung nak turun keter nak salam-salam..

"Tak payah turun, tak payah turun, gerak terus," kata orgenaizer.

@@@@@
Ulu Yam/Sungai Tua

@@@@@


Jeng jeng, sudah sampai..
tak tau nak komen ape taem event ni. aku tepek gambar jelah.



baru sampai kat jambatan gantung.
kurang asam je orang depan loncat2..
bergoyang goyang ktorang kat belakang



ini stalker yang kacak bergaya
sebagai menghormati permintaan Paji yang nak gambo pakwe ensem dalam jenel aku
die tidak bawak seluar dengan baju spare.
Jadi die tak boleh mandi.
mari kita gelakkan dia



Aku pun tatau kenapa aku tangkap gambar kamera goyang.
mungkin sebab aku berdebar. eceh. tetiba.



Upacara mandi bermula. Kita mulakan upacara dengan membasahkan Amoy



orgenaizer dan therocque bergambo di waterfall.



Misi berjaya. Amoy telah basah.

tu tangan misteri mane plak sebelah kanan tu tetiba nak salam aku nieh




Happy besday Adeeb!
Terimalah kek harijadi daripada kami.
Mungkin Adeeb gelak sebab dalam hati dia kuciwa dengan saiz kek yang tidak mengenyangkan itu

@@@@@
Singgah makan kat Maple
@@@@@


Haha. Masa ni agak kelakar.
Sebab orgenaizer ajak makan kat Maple, tapi tak bagitau kat mane.
lepas tu die memecut kat depan tinggal aku dengan Are Rich kat belakang.
Aku dah blur dah masa ni tak tau camne nak carik diorang.
Bila Are Rich dapat tepon, baru sedar rupa-rupanya diorang da makan kat kedai makan yang ktorang baru je terlepas tadi. Masa tu aku da sampai MRR2 dah.
Naseb baek boleh U-Turn
Kalau tak, jawabnya aku balik KL laa

Oh ye, acara makan makan tadi disponsor oleh Adeeb.

ktorang memain aje rasa-rasanya suruh die open table.
Skali die open table bebetul..

@@@@@
taman layang layang

@@@@@




Lepas makan, orgenaizer ajak pegi Kepong.

Melawat taman layang layang.
die kata kat situ view cantek..


lagipun, ada watch tower kat sini.. dari watch tower ni view cantek
(dan tak lupe gak angin kat watch tower tu best.. rasa macam nak tdo je)


"wuih ada orang bercinta la kat sana. jom skodeng"


"dinda, kenapa orang tua dinda tak terima kanda? kanda baru je beli PS3 semalam"

Haha ok. aku rasa, kat Taman Layang Layang ni, penat borak pasal ape?

borak pasal citer Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Penat gelak.
Tambah tambah bila Therockque buat gaya macam Sofi Jikan (bomoh indonesia)

"kalau tak cukup ilmu di dada..."

Quote yang aku rasa best dari Adeeb..


"naeb baek pakai selipar tu kat kaki, kalau pakai kat tangan?"


maka amoy pun buat gaya berlari macam orang kampung kene kejar dengan hantu kak limah


@@@@@
Permai Cafe, Batu Caves

@@@@@



Brabus aku pun nak bergambar gak
nanti brabus aku jelesh


masa ni tengah ngeteh.
aku tengah amek gambo sementara menunggu ketibaan barli ais dan laicikang.

@@@@@
Karok Di Wangsa Walk
@@@@@


Okeh, lepas lepak makan laicikang kat taman bolton,
soalan seterusnya kepada orgenaizer, nak pegi mana ni?
memula ingat nak pegi bowling,
tapi kata diorang, diorang dah tak larat nak pegang bola bowling..
abes nak pegi mane?

"Aku dah bawak gi 3 tempat dah ni, kasik orang laen lead plak.."

Oleh itu, aku pun lead diorang pegi karok kat wangsa maju..
Sampai sampai kat karok wangsa maju, tengok-tengok ramai giler orang kat karok wangsa maju tu.
Sampai kene beratur dan kene amek nombor giliran.

lapan-satu-empat-lima-kaunter-satu...


Kalau ikut asal, ktorang kene tunggu at least 15 minit baru nombo ktorang kene panggil..
tapi biasa la aku, nego nego sket dengan akak kaunter tu,
dapat la potong queue..
Tapi mane boleh potong queue free,

akak kaunter tu ketuk aku baek punya..

"abang beli lagi satu jag air, dengan bunga ni, saya bagi abang potong queue..."


siot je kan?

tapi sebab malas queue, ktorang pun setuju la dengan terma-terma tersebut..

Mari kita menyanyi..



ini amoy..
pergh semalam die duet dengan aku nyanyi lagu Alasanmu (Exist)
siap dengan gaya-gaya tangan dan ekspressi muka..
macam pasangan duet paling serasi 2011


Walaupun turn saya nyanyi, tapi saya tetap dengan kamera saya.

akhirnya, kul 10 baru abes karok,

dan ini juga bermakna, kul 11 baru aku sampai rumah,
lepas aku antar Are-Rich sampai stesen LRT.



.... dan seperti dijangka, pagi esoknya aku lambat sampai opis.
padahal meeting kul 10 pagi.

Aku haplod gambar yang ni dulu..
nanti aku haplod gambar-gambar yang laen.
(tunggu aku sensor dulu. hehehe)


It Shall Be Engraved Upon Your Soul,

Tiada ulasan: