Sabtu, Oktober 22, 2011

One Year After the Mid Valley Incident



Deting Ke?

Malam tadi aku gi deting. 

Eh, deting ke?

Lebih kepada cam friendly outing la. Tapi, boleh dikatakan agak blind date gak la, sebab kuar duorang kan.

Aku kenal girl ni pon through chat je. Cuma lately je ktorang cam rajen balas-balas mesej. So tu yang die ajak aku kuar for the first time.Die kata, esok die nak balik Melaka, so jom la jumpe die ari ni.

Aku pon, ok jelah. Macam la aku ade ektibiti pon nak buat malam tu. Jadi, lepas maghrib, aku pon gi amek die kat Vista Angkasa (naseb baek tak jauh dari umah aku).

Nak dijadikan citer, plan asalnya nak pegi Mid Valley. Malangnya aku pon pegi Midvalley tak sampai pon 5 kali, dan itupun bukan aku yang drive, jadi aku tak brapa sure la jalan nak ke Mid Valley tu. Aku cuma tau Mid Valley tu tepi Federal Highway je.

Nak dijadikan citer, aku terlepas la simpang Mid valley tu. So aku end up kat Metramac (lebuhraya Hubungan Timur Barat),and some poor direction sense later, ktorang dah kat highway menuju Seremban.

Jadi, aku pon retrace steps aku balik la - pegi balik umah aku untuk pegi ke federal.

Sementara tu, gurl yang dalam keter aku ni dah freak out gile. Sape tak freak out kan. kata nak pegi Mid valley, padehal signboard kat jalan semua tunjuk KLIA dengan Seremban.

Aku penat yakinkan die yang aku tau jalan ni. Jalan nak pegi Seremban tu kan jalan aku hari hari pegi keje, kata aku.

Langsung die tak caya.

Die plak tengah takot la tu, sebab die dah la first taem kuar dengan aku, pastu aku plak cam bawak die entah ke mana-mana kan.

"U, antar I ke stesen LRT mane-mane, I dah freak out ni okey.." die sound aku.

Die takot aku berniat serong la tu. Padahal sebenarnya aku tengah carik jalan pegi Sungai Besi @ rumah aku, sebab dari rumah aku je aku tau camne nak pegi Mid Valley.

Korang bayang la ape korang rasa kalau ada gurl sebelah korang cam takot gile.

Siap brapa kali die die tanye aku, aku ni tau jalan ke nie, sebab die saspek aku sesat. (memang sesat pon, tapi tak la sampai aku tak tau jalan balik)

Kalau sesat takpe lagi. Die takot aku bawak die pegi lorong sunyi mana-mana kot.
Yelah, waktu pon dah malam kan. 

Bole dikatakan dalam keter tu die macam senyap gile la. Taknak cakap langsung dengan aku selagi die tak nampak Mid Valley.

Payah giler aku nak meyakinkan die yang aku tengah nak carik jalan pegi Mid Valley la ni..
cuma ikut jalan jauh je 

Bile dah masuk federal dan nampak Mid Valley sebelah kanan, baru la die OKey. Hilang ke freaking out~annya.

The date?

tadi ktorang tak buat ape pon. Ktorang makan kat pizza hut sambil borak.

Eh, borak ke?

Intro-intro je die da cakap kat aku yang die tak berminat dengan personaliti aku okeh. Die kata aku baek, tapi aku bukan type die. Bukan pasal aku tak ensem ke ape, cume personaliti aku la.
aku malas nak elaborate 

Siap bagi aku nasihat nasihat dan tips tips lagi 

Tak cukop dengan tu, die siap tambah lagi, die kata die expect aku, secara career wise nye dah stable.. Apparently not. Die expect gaji aku Sekurang-kurangnya dalam 4k okeh. Die bagi example, gaji kakak die 7k. In my defense, walaupon gaji aku bukan 4k, tak bermakna aku takleh kuar date okeh.

So memang gile aku da mati mood la malam tu.

Yelah, dah la tadi die buat drama dalam keter aku. Pastu pizza belom datang lagi, die sudah cakap yang aku ni tak best.

Memang ilang selera makan la. Tak tau nak tanya apa, dan tak tau nak borak apa.

Boleh dikatakan awkward moment of silent gak la.

Boleh plak die tanye aku, apesal macam tak lalu makan je ni? sebab die kata aku tak best ke?
Of coz la. 

Nak makan tadek mood, nak borak pon tadek mood.

Last-last terpaksa die yang lead conversation. Die start citer pasal die and die pon start tanye aku questions. Maybe sebab die tengok aku ni da macam tak dapat diselamatkan dah. Senyap semacam je.

Aku masa tu aku rasa dalam kepala aku da ingat nak balik je kot.

So, lepas makan kat Pizza Hut tu, terus aku antar die balik.

Kesimpulannya:
Aku family centered, die career centered.
Aku baek terlebey, die baran.
Minat ktorang langsung tak sama.
Gile tak ngam langsung aku dengan die.




It shall be engraved upon your soul,







^ Ok, kalau ada sape yang masih ingat,
itu adalah entry dalam journal aku tawun lepas.
so, ekceli tu bukan kisah baru sebenarnya.


anyway, juz want to say, a lot some things have changed since then.


first of all, aku dah tau dah jalan pegi mid valley :D
cuma klu terlepas simpang tu,
payoh gak la aku nak carik balik macam mane nak masuk mid valley.


OK, in terms of gaji,
well, maybe gaji aku masih lagi bukan 4k,
tapi at least aku ade gaji tetap..
aku tak penah lagi mimpi nak gaji 7k..


but then again, 3 tahun lepas,
aku tak pernah lagi mimpi yang gaji aku akan lepas 3k.
in fact, dulu, aku target gaji aku lepas seribu jek.


tapi ape ape pun,
bile aku ingat balik insiden ni..
aku akan gelak sorang sorang.
sebab insiden ni lawak sebenarnya.

Jumaat, September 30, 2011

Suha Ikan Bakar Petai

ini kedai Ana Ikan Bakar Petai
 Ok. aku pun tak tau macam mane sessi borak borak aku dengan Suha buleh tercerita pasal kedai Ana Ikan Bakar Petai ni.

Nak dijadikan citer, kedai Ana Ikan Bakar Petai ni adelah kedai yang glemer di tanjung lumpur nun..
dan die nak bukak branch kat Bangi..

Bangi??

Wow, dekat dengan umah aku tu...
Buleh la pegi pow suha suruh dia belanja


Gugel seround, maka dapat disimpulkan bahawa lokasi kedai tersebut adalah di kawasan yang aku tau.. Seksyen 16.. jadi kebarangkalian aku sesat agak kecil la.. :D


ape citer plak pasal envelop plak ni? kisahnya adelah pasal entry blog Suha yang ni...

tengok berapa banyak envelop dia.. mane tak duwet abes.. hohoho



tunggu ye Ikan Bakar Masak Petai. Nanti wa datang :D


Cubaan MenDoTA yang Gagal

Ekceli pagi ni aku tadek keje. PM tadek, boss tadek, Wan, Ally dengan Ateh pun tadek, yang tinggal dalam team aku cuma Aku, Admin dengan serbuk kari  Senior Programmer. :D

Senior Programmer aku ni standard la kalau tak pukul 10.30 pagi, memang tak harap la dia akan datang..
Kalau da tinggal aku sorang-sorang je kat opis, ape lagi.. mari kita berjuang la..

maen dota adalah cool





Toleh kiri..
Toleh kanan..
Tengok tengok budak network tengah download PES12 buat keje sendiri.
Ada can ni..
Ape lagi, Dota sepam la..

Tengah tengah maen DoTA, tak sampai 10 menet, Senior Programmer dah panggil.
Tanya pasal presentation.
Tensen. Game baru start nieh.
Baru nak owning..

Nak kasik alasan "give me 10 minutes" pun takleh.
Sebab dengan jelas dan nyata nampak kat skrin komputer aku yang aku tengah main DoTA.
dah la skrin komputer aku besar..




tengok, aku baru je cakap, tengah karang blog pom senior programmer suda panggel lagi..

Kalau aku suruh die tunggu sampai game abes,
kompem at least 30 menet die kene tunggu..
itupun kalau naseb baek.. kalau naseb tak baek, sejam :hohoho:
Apa buleh buat, terpaksa la aku abandon game..

Aku pegi ke meja dia explain pasal presentation petang ni.

Masa memula tu ingat sempat aku nak maen DoTA lagi seround...

Aksi Beastmaster dalam DoTA
Tengok-tengok, benda yang sama gak..
Tak sampai 10 menet maen, kene panggil lagi.. :((
Saje je kan Senior Programmer aku ni, panggil aku banyak banyak kali..

kul 11 pagi. Boss dah datang. PM pun da sampai.. maka tamatlah sessi DoTA. Marilah kita surf youtube pulak buat keje....

Givap r aku nak men game.
Baek aku karang blog..
Dan tengah sedap sedap karang blog, tiba-tiba..

kene panggil lagi

aaAAAaAAaAAaaAAaa

Ahad, September 25, 2011

Hatimu Milikku

Hari tu, aku ada SMS cik Y, kalau dia ada masa, dengar la lagu Nera - Hatimu Milikku. Aku cakap kat dia, lagu tu adelah lagu favourite aku skarang.

Tanpa disangka, semalam dia memang betul-betul pegi carik lagu tu.

Cik Y: Tajuknya why la sangat jiwe-jiwe gitu.. By the way i'm listening to your favourite song. Well, quite Ok la. Heh.. but i lagi suka stacy, kisah dongeng.

Daripada kata-kata Cik Y di atas, bulehlah disimpulkan bahawa, dia suka lagu tu tapi setakat gitu-gitu jelah. Lagu kegemaran aku tu tak sehebat lagu Stacy kegemaran dia. Takpelah, takkan aku nak paksa dia suka ape yang aku suka, kan?

The next day, aku dapat mesej dari Cik Y.

Cik Y: Nak hadiah tak? Hehe

Aku: Hadiah dari U ke? Nak.
(kalau awek kata nak kasik hadiah, "Nak" is your only valid answer. Takkan la aku taknak hadiah daripada dia..)

Senyap. 10 minit lepas tu, aku dapat SMS panjang...
Maybe dalam 3 page kut.
Jeng Jeng, aku ada snap gambar mesej dia.


Familiar tak content SMS ni?
Kalau korang nak tau, ni la dia lirik lagu hatimu milikku.

Cik Y: Hadiah dari I, your favourite song's lyrics. hehe.

"Awww... u're so sweet.. ♥ ♥ " kataku di dalam hati. Jom Kapel

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
ku cinta padamu...

Nafasku berhenti bila melihat dirimu
terasa pantas degupan jantungku ini
mungkinkah hatimu milikku jua
ku sayang padamu...


It shall be engraved upon your soul,

Ramli Mania


Unless korang tadek kat malaysia, aku rasa korang pun tau pasal Iklan Ramli.
dan, dalam senarai kawan-kawan yang rapat dengan aku, 2 daripadanya adalah anak gadis Ramli.

So, kalau korang pelik kenapa citer pasal Ramli tapi aku labelkan entry ni dengan nama Cik Y,
the reason is simple: Nama ayah Cik Y adalah Ramli.

Biasanya, aku ni jarang mem-bahan nama ayah orang. Sebab aku paham, orang mesia ni, sensitip sket dengan nama ayah. Tapi, dengan kehangatan nama Ramli skarang, peluang untuk mengusik Cik Y dengan nama Ramli adalah satu peluang yang tidak mampu dilepaskan..


Sebenarnya aku takut gak.
Yelah, Cik Y kan garang.
Silap silap gurau mungkin dia tak suka.
Kalau nasib tak baik, mungkin ktorang akan gaduh lagi.
Speaking of which, aku rasa macam dah lama da aku tak gaduh dengan Cik Y.


Tapi aku rasa, ok kot.
Lagipun aku bukan kutuk ayah dia kan
most of the staff yang aku cakap are good stuff..


Berbalik pada cerita tadi,
kebetulan baru baru ni aku dapat peluang nak borak dengan dia,
aku saja-saja la tanya dia, kot-kot dia tau pasal iklan Ramli tu..
dia balas,

Cik Y: Owhhh.. ala iklan tu baru je wat.. ayah I da lama dikomersialkan oleh burger Ramly


Oh cool. dia tau pasal iklan Ramli.
Ape lagi, aku pun terus kuar ayat pertama la.. aku cakap kat dia, aku puji ayah dia.. aku cakap, ayah dia ni bagus, pandai buat burger, pandai main bola, tulis lagu pun pandai...


Cik Y gelak. Aku suke.
Aku suke sebab Cik Y accept yang aku bukan saje-saje nak membahan ayah dia.
Aku suke sebab Cik Y buleh accept yang aku cuma bergurau.
Dipendekkan cerita, aku suka 2 kali ganda.
Kesukaan pertama adalah sebab Cik Y tak marah.
Kesukaan kedua adalah sebab aku dapat buat Cik Y gelak.
Oh ye, masa tengah borak-borak tu, aku saje saje cakap kat dia,

Sambung borak lagi. Citer pasal Korea plak..

Aku: U, kalau U dapat pegi Korea, I pesan autograph Yoo Jae Suk eh..
aku peminat setia Running Man
Cik Y: Heh, poyo la dia ni. Jangan poyo sangat k, karang kena tempeleng sia sia je. kui 3x

ape lagi, aku pun balas balik, "Amboi, garangnya anak gadis pemain bola ni. Mentang-mentang la ayah dia main bola untuk Manchester United.."

Cik Y: Wakekekeke wat lawak plak anak pakcik yang bukan pemain bola ni.

naseb la Cik Y, ayah you memang glamer
and, thanks kepada kisah Ramli,
hari tu aku berbalas-balas SMS dengan Cik Y dari pukul 2 sampai pukul 6.

Balas-balas SMS dengan Cik Y selama 4 jam?
aku terasa seperti di awang-awangan...

Rabu, September 21, 2011

Cik Y call aku

Masa aku kat opis siang tadi, Cik Y mesej aku..

memula aku pelik gak, kenapa tetiba dia mesej aku.

jarang sebenarnya Cik Y mesej aku dulu.

selalunya aku yang kena mesej Cik Y dulu, baru dia balas..

itupun kalau dia balas la.

Rupa rupanya dia cuma nak tanye aku je, Bank Islam kat mane..

Biar benar awek ni. Hari-hari jalan kaki kat situ takkan dia tak perasan bapak gedabak Bank Islam dekat dengan opis dia tu..

Aku balas lebey kurang macam ni:

"Bank Islam? Dekat opis u kan ada Bank Islam, sebelah KWSP"

Tak lama lepas tu, die pun call aku.

Terkejut aku sekejap.

First time kut aku rasa Cik Y call aku tahun ni.

"U, betul ke HQ Bank Islam kat sini" tanya Cik Y.

Eh, tadi tanya bank Islam, ni tanya HQ Bank Islam plak...

"Betullah, setau I, kat situ la HQ Bank Islam.." aku balas balik.

borak borak jap, pastu semenet lepas tu die letak telepon.

Aku pun tak tanye kenapa die nak cari Bank Islam tu.

Aku bajet, kalau aku tanye, die bukan nak jawab pun.

Ape-ape pun, hari ni aku happy, sebab Cik Y call aku..

Jadi, mari kita dengar lagu ni....


lagu favourite aku hari ni..
sedap plak aku rasa suara Nera ni.. ♥ ♥

Isnin, September 19, 2011

Cik Y versus Cik M

aku pom tak tau ni gambau sape. aku maen cedok je.
Yang pasti ni bukan gambar cik Y ataupun cik M.


kisah mencuit hati pada hari ini

Ape persamaan cik Y dan cik M?
kedua-duanya buleh buat aku gembira bila berjumpa dengan diorang.
kalau kitorang kuar, tak kiralah dengan cik Y ataupun cik M,
aku seronok + tak bosan.
dua-dua suka borak dengan aku
dua-dua suka usik aku
dua-dua akan kata, keter brabus aku nilah keter paling best dalam dunia
okeh yang ni tipu

Ape plak perbezaan antara cik Y dan cik M?

Cik M
- Kalau aku antar mesej kat dia, kompem dia balas.
Cik Y - Kalau aku antar mesej kat dia, kadang-kadang dia balas, kadang kadang dia tak balas.

Cik M - Serasi gile dengan aku.
Cik Y - Aku pun tak tau celah mana serasinya kitorang ni

Cik M - Kalau aku tegur die, dan die online, die mesti reply.
Cik Y - Jangan harap la aku akan dapat chat dengan dia kat internet. Sama ada dia malas layan aku, ataupun dia memang malas layan semua laki.

Cik M - kalau sehari aku tak cakap, atau senyap, cik M akan tanye, kenapa senyap, kenapa tak cakap..
Cik Y - kalau aku senyap seminggu pun, dia tak kisah.

Cik M - rajen tanya khabar aku, so, naturally, aku senang nak share semua mende dengan dia, termasuklah masalah-masalah aku.. at the same time, dia pun rajin citer pasal diri dia kat aku. so aku pom tau banyak mende gak pasal dia..
Cik Y - jarang sangat dia tanya pasal aku. jadik bila aku borak dengan dia, kadang-kadang tu, aku terpaksa bukak topik untuk citer pasal diri aku.. walaupun kadang-kadang tu aku mengharap gak dia tanya, supaya aku buleh citer kat dia something.. tapi selalunya, dia tak tanya pun. aku je kot yang suka tanya dia sebab nak amik tau pasal dia..

Cik M - aku rasa, semua menda pasal aku ada dalam database dia. first day ktorang jumpa, first time ktorang date, first time dia borak dengan aku, ape yang aku suke, ape yang aku tak suke, sume dia tau.
Cik Y - Part ni aku pun pelik.. sebab, banyak gak dia tau pasal aku sebenarnya.. walaupun die macam tak brapa amek port sangat ape yang pernah aku citer kat dia pasal diri aku. Tapi, ape yang aku pernah citer kat dia, die still ingat. Sama ada die memang tak berminat nak tau pasal diri aku, ataupun dia ni memang kuat ingatan, ataupun sebenarnya dia berminat tapi tak tau nak reply.

Nampak macam cik M lagi bagus je..
Abes tu, kenapa kau tak kawen dengan cik M je?
sebab..... cik M dah nak kawin dah hujung tahun ni.

Ok. aku rasa sangat loser sekarang.
mari kita dengar lagu loser.

Kalau korang tanya aku, aku ni bakal kawin dengan sape?
jawapan aku ada kat status aku ni...

Ahad, September 18, 2011

Hari Sabtu Adalah Hari Raya

menghabiskan masa dengan tangkap gambao

Semalam, aku pegi beraya dengan kawan2 opis aku.
Ekceli, hari tu aku ada ajak cik Y,
dalam hati sebenarnya berharap gak untuk dia ikut.
lagipun masa bulan puasa tu
dia yang semangat mesej aku,
cakap die nak ikut aku pegi beraya.

Masa memula aku mesej untuk ajak dia,
memang die kata die nak ikut aku pegi beraya.
lepas tu, malam tu dia mesej aku kata die serba salah.
coz half dia kata nak ikut aku.
half lagi die kata nak pegi career fair.
last-last, dua-dua dia tak pegi
sebab die kata, dia nak ikut family dia beraya.

In a way, naseb baik gak la dia tak pegi.
coz smalam semua plan hancur-lebur.
aku tak tau la camne die rasa kalau die ikut aku semalam..

ni plan asal:
  1. kumpul kat gombak kul 11 pagi.
  2. pegi rumah #1
  3. kul 12-1 , pegi rumah #2
  4. petang, pegi rumah #3.
Plan memang nak pegi 3 rumah aritu, last-last dapat pegi 2 rumah je.
nak dijadikan citer,
macam-macam berlaku kat kawan-kawan yang sepatutnya pegi dengan aku aritu.
ada sorang yang datang dari shah alam, train komuter delay.
pastu train tak mau bukak pintu
yang sorang lagi pulak eksiden - bumper jatuh. kene antar pegi bengkel dulu..

Akibatnya, plan asal nak pegi kul 11 pagi,
last-last kul 1.30 petang baru ktorang gerak dari gombak.
2 jam setengah aku dok sorang2 kat gombak.
aku cuma dapat laporan SMS je la cakap kawan-kawan aku lambat sampai.

cybercafe tempat aku layan movie
sementara tunggu kawan kawan aku datang.
Hp Pot - mengimbau kenangan lama masa aku dok kondo...


naseb baek ada CyberCafe.
kalau tak, mesti lagi bosan aku tunggu 2 1/2 jam
dah la lapar

ni rumah #1

by the time habis beraya rumah ke dua,
jam dah pukul 5 petang.
Padahal rumah ke 3 punye open house sampai kul 4 je.
pastu meredah jem kat MRR2,
akibatnya, kul 7 baru aku sampai bangi.

ape harapan nak gi beraya.
muka masing-masing da penat.

Last-last, dari plan asal nak pegi beraya
terus tukar jadi berdating.
aku dating dengan sape?
tunggu episod yang akan datang

Jumaat, September 09, 2011

Dalam Klinik Pon Ada Orang Mintak Derma


Petang semalam aku kene pegi klinik. Regular checkup dengan amek ubat. saya dah tuwe

tengah tengah tunggu turn nak jumpe doktor tu, tetiba ada sorang pak arab berjanggut tegur aku. pakai jubah kaler putih macam baru balik dari masjid.

"Assalamualaikum"

aku jawap salam.
pastu aku rasa dia cuma cakap 3-4 perkataan je kot.
pastu die tunjuk gambar

yang aku dapat tangkap dari mulut dia ialah perkataan "anak yatim"

ampeh. mintak derma rupanya.
dalam klinik pom ada gak orang mintak derma.

kebetulan mood aku pom ok aritu
jadi aku pom bagi die duit raya sebijik.

memula pak arab tu pelik, ye la, dia mintak duit, last last dapat sampul duit raya.
pastu bile dia tengok dalam sampul tu ada duit. terus dia senyum.

pastu siap buleh mintak lagi tu dari aku. sabo jelah.
aku pun bagi lagi satu.
pastu die pun blah. hepi la kot dapat duwet raya.

tetiba, tak sampai seminit lepas tu, datang lagi sorang pak arab berjanggut.
intro lebey kurang sama dengan mamat tadi tu..
"bla bla bla.. anak yatim"

aku pun cakap la, aku da bagi.
ape celup... (dialog hantu bonceng :P)

mamat tu cakap, dia pun nak gak. tadi tu aku bagi kat orang laen. die pun nak gak.

aku pun emo la..
ape kes aku nak bagi duit raya kat ko...

kalao ko budak kecik ke,
ko sedara mara aku ke,
atau ko awek cun ke
semangat gak aku nak bagi.

ni, mamat muda belia janggut terlebey.
pon nak duit raya gak.

manyak cantek...


it shall be engraved upon your soul,