Isnin, Januari 31, 2011

Review Filem HAQ

Aku baru tengok citer ni tadi.

Bak mai aku kasik review sket filem nieh.
Aku kalau bab nak kutuk filem memang aku suka.




Lakonan:
Zul Huzaimy: biasa.
Adi Putra: cenggumpuk. Apesal nak cakap guna nafas?
Fatimah Abu Bakar: biasa.
Raja Farah: tak best.
Nanu: bolehlah.

Starting: Aku tak paham apesal die nak buat montaj gempak-gempak.
Kalau awal-awal tu ada aksi lawan ke takpe gak.
Ini stakat tunjuk skill tolak ashtray dengan tolak gelas..
pastu buat flashback kisah bebudak berebut guli
Itupun nak montaj siap berapi-api bagai..

Jalan Citer:
  1. Kalau tak dibagitau kat tengah citer yang mak HaQ meninggal, aku sampai skarang tak tau yang keter terbalik di awal movie tu adalah keter mak HaQ. Aku ingatkan keter pak pacak mane ntah tetiba speeding kat jalan kampung.
  2. Apehal tunjuk si Bad(Adiputra) aje yang berlawan? bukan ke heronya si HaQ (Zul Huzaimy). Aku siap kompius sekejap tak pasti heronya yang mana satu, sebab aku asek tengok si Bad aje yang buat power.
  3. Aku tunggu dekat setengah jam baru la dapat tengok action pertama.. Aina (Raja Farah) kena culik oleh penjahat naek van. Baru je aku nak eksaited sekejap, tengok si HaQ ni sepak kiri skali, sepak kanan skali, dah orang jahat lari. Belom sempat nak teruja. Ape kes?
  4. Ape motif si Bad (Adiputra) nak menculik si Aina (Raja Farah) & Zahra (Nanu) kat tengah citer?
  5. Part Bad lawan penjahat ramai-ramai kat hangar kapalterbang tu.. pun tanda tanya gak. Kenapa penjahat ramai-ramai tu tetiba nak lawan Bad?
  6. Kecik kecik dulu, HaQ menari dengan mak dia. Besar-besar, die menari dengan Zahra. Kalau menari swing je, twist ke, takpe gak. Ini setakat gerak badan sket sket sambil peluk pasangan. Padahal Aina dengan Bad kat sebelah tu pun menari sebijik macam diorang. Itupun nak cakap "U ni pandai menari la HaQ.." Nak termuntah aku tengok.
  7. Babak Bad nak pegi jumpa bisnesman cina dalam private jet tu.. Kenapa?
  8. Hujung-hujung citer, si Bad ni culik Aina dan simpang dalam kontainer kat pelabuhan. Ntah camne si HaQ boleh tau si Aina dalam kontainer mana, aku pun tak tau. Pastu siap penuh skrin komputer plak masa HaQ nak mencari Aina.. Macam citer Robocop plak. Aku plak kompius. HaQ ni orang ke Robot?
  9. Lepas Bad kalah (mati), terus roll credits. Aku pun tak tau ape jadi kat Zahra dengan Aina. si Zahra tu siap kene langgar lagi dengan keter. Ntah hidup ntah dah kojol.
Kesimpulannya:
  1. Jalan citer ntah ape ape. Harap Ferrari je mahal.
  2. Bosan, dragging dan slow nak mampus. Tadek langsung ghairah aku untuk tengok apa yang berlaku lepas tu. Aku siap 20 minit pertama tadi aku siap terasa macam nak kuar panggung.
  3. Banyak scenes yang aku rasa tak menyumbang pun dalam keseluruhan citer.
  4. Yang pegi amek gambar aquarium ikan tu dekat 100 kali apehal?
  5. Actionnya ada la sikit je... Lebihnya banyak bercakap. Aku rasa genre filem ni patut ditukar. Bukan filem aksi tapi filem bercakap.
  6. Laaaast skali baru la si HaQ ni lawan BaD. Aku rasa kalau si HaQ ni pukul si Bad awal awal, dah abes dah citernya. Tak payah aku tunggu dekat sejam lebey nak tunggu diorang berlawan.
Oh ye, nama citer tu HAQ.
Patut tambah pade tajuk cerita sebagai HAQTUIHH.

Ahad, Januari 30, 2011

Berpolitik Bersama Cik Y

First of all, aku nak bagi DISCLAIMER dulu.
sebelom ada yang mengamuk tak pasal-pasal.
Bukan semua penyokong PR macam ni.
Aku ada a few friends, (eh!)
ekceli ramai je kawan-kawan aku yang sokong PR.
Tapi diorang boleh menerima ni secara matang.
Unlike certain people...

Ekceli ada beberapa sebab aku malas borak pasal politik,
Especially bila borak dengan orang-orang penyokong PR ni.

The main reason, most of them are sore losers.
Bila kalah je, pengundi hantu la. SPR tak telus la
Dan macam macam lagi alasan.
Pilihanraya ni macam pertandingan la kan.
Ada kalah, ada menang.
Kadang-kadang PR kalah, kadang-kadang PR menang.

Yang kedua, cuma ada satu jenis je orang yang matang dan bijaksana dalam dunia di mata mereka.
Itu adalah mereka yang menyokong PR.
Semua yang menyokong BN adalah yang bengap lagi bangang.

Diorang macam takleh terima sebab ape aku sokong BN.
Pantang nampak orang yang sokong BN, mesti nak ajak berdebat.
Suka ati aku la aku nak pangkah sapa-sapa pun, kan?
Adekah kerana aku ni seorang yang hebat di mana undi aku di kira 100 undi?
Sama je dengan orang-orang laen, kalau aku pangkah BN atau PR, aku tetap dikira 1 undi.
Tak payah la nak convert aku.
Ade aku tanya kenapa korang sokong PR?
Tadek kan. So get over it.

Ok, on with the story.

Malam tadi, Cik Y mesej aku, tanye pasal keputusan DUN Tenang.
Kebetulan masa tu aku ada kat CC (tengah maen DoTA)
jadi, alang-alang tu, aku gugel la skali keputusan DUN Tenang.

Aku pun cakap la kat dia, BN menang.

buleh plak dia reply camni:

"Owh, OK, xpe, BN menang di dunia..."

itu la contoh ayat sore loser,
atau ayat orang yang tak leh menerima kekalahan.
Biasa la dalam politik, ada menang, ada kalah.

Lepas tu, die tanye aku, aku sokong sapa.
Ah, sudah. Ni kompem gado ni.
Sebab aku dah tau dah yang Cik Y ni minat politics dan sokong pembangkang.
Nak tak nak, baik aku bagitau die skarang aku sokong sape.
Buatnya kot nanti aku ternikah dengan dia
then die found out yang aku ni sokong BN rupanya... kan haru tu.
Baek bagitau awal awal.

"U sokong ape?"
"BN"
"Kenapa sokong BN?"

Nak aje aku jawab, sekati aku la aku nak sokong ape pun.
Aku pun jawapla, aku tak minat borak pasal politik.

"I tau, orang BN tak minat debate sebab diorang semua coward,"

Pastu, die kata aku bodoh sebab walaupun aku rasa there are some things yang aku tak suka kat the current government,
tapi aku still nak sokong BN gak.
Ekceli point aku simple je, aku tak rasa kerajaan sekarang perlu ditukar. Plain and simple.
Tapi sebab dia nak aku elaborate, so aku elaborate la kan?

Last-last aku cakap kat dia terus. Aku tak sokong PR sebab
1) diorang suka buat character assasination.
2) aku tak yakin diorang boleh mentadbir negara.

Simple kan? Tapi kalau dah darah pembangkang tu, pembangkang gak la kan.
Dia argue lagi, abes tu skarang ni ape yang best sangat tentang BN?
Pandai kan dia ni.
Nak pancing aku ajak berdebat.
Siyes, die memang takleh terima yang aku taknak berdebat dengan dia.

Aku saje je carik ayat ayat yang dia takleh nak argue.
Sebab aku tau, kalau aku bagi political example, kenapa aku rasa BN bagus,
mesti dia akan pangkah balik.

"I rasa skarang ni OK je."

Bagus tak jawapan aku?
Aku tau ayat tu memang uncounterable.

"U nak menang kan? Ok la, U menang. 1-0." tambah aku lagi.

Pastu, dia balas,

"Bukan nak menang, tapi.... "

Pastu tetiba banyak pangkat aku dapat.
Bodoh, Dungu, Bodoh Sombong, Bodoh Yang Jelas Dan Nyata..

Dasyat kan?
Kenapa la orang PR ni ngajar berkempen macam ni.
Campaign by hatred.

Paling tak best, bila aku kata "Fahaman politik kita tak sama, tapi agama kita sama,"
pastu dia balas balik, "Politik dan Agama can't be separated.."
Ape ni?
Tak betul ke aku cakap?
Agama dia, dengan agama aku, sama-sama Islam.
Cuma interms of politics, aku sokong BN, dia sokong PR.
Betul la aku cakap kan?
Adekah kerana aku Islam, aku mesti sokong PAS?
Aku rasa ini mesti sebab terpengaruh dengan dulu dulu ada orang cakap
"Sapa sokong BN masuk neraka, sape sokong PAS masuk syurga.."

Oh lupe, pastu die tambah lagi,
Dia kata die taknak kawen dengan aku,
Sebab aku tak sekufu dengan dia.

Quote her words:

".. u jangan pikir kawin tu sebab sayang je.
Tu pentingnya sekufu. Bukan darjat je sekufu.
Bila da settle bab sekufu baru leh timbul sayang
or baru bleh cakap pasal sayang, faham?
Ni punya basic pun tak reti. Adoi!"


Aku baru tau yang orang yang different political background dikira kufu yang berbeza..
Aku baru tau, syarat kawen adalah kena sokong parti politik yang sama..
Mungkin tok kadi ada check kot sebelom nikah.
Ntah la. Malas nak komen ayat ni.
Maybe aku kot yang bodoh yang jelas dan nyata.

Aku rasa, inilah masalahnya dengan penyokong PR.
They can't co-exist dengan orang yang sokong BN.
Diorang sokong PR sebab diorang benci BN.
Jadi, diorang benci semua penyokong BN.

Rumet Yang Baik Hati

Aku bukan nak citer pasal rumet aku.
Tapi, aku nak citer pasal rumet Cik Y.
Baru-baru ni, aku da start rapat balik dengan Cik Y (bukan name sebenar).

Nak kata aku baik gile dengan dia tu maybe tak la.
Slalu gak gado sebenarnya.
Skali gado, sampai 3 - 4 hari tak mesej.

Tapi aku okeh je.
Aku tak mesej die, aku mesej rumet die.
Hahaha.
Kesian rumet die tetiba jadik tempat aku mengadu.
Naseb baek rumet die layan aku.
Dan, biasanya, rumet dia gak la yang slalu jadik orang tengah..
Die la slalu pujuk aku..

"Sabaq la naaa"

Naseb baek die ada. Kalau tak, mesti aku meroyan.

Tapi, seriously, rumet die ni memang baik.
Kalau tak pasal rumet dia, mesti aku dengan die gado lagi sampai skarang.

Macam aritu... ktorang gado.
Memang 3-4 hari gak la aku tak mesej Cik Y.
Sampai la satu hari tu, rumet dia mesej aku:

"Awat hang x online?"

"Saya pegi maen badminton. Ni baru je balik."

"Owh, baek2, saya tengok Cik Y happy arini meseg la dia"

"Tak mau la nanti dia marah lagi."

"Jangan malu jangan segan"

Maka dengan itu, aku pun memberanikan diri antar esemes kat dia.

Dia tak balas pun.

Esoknya, tengah-tengah aku melepak sementara tunggu semayang jumaat, aku dapat mesej ni:

"Hang jaga Cik Y na. Kami dah balik kampung. Dia tak bangun-bangun lagi. Gila kaki tidoq"

Aku gelak. Pastu aku balas.

"Ala, rumah dia dekat, takpe"

Pastu, rumet dia balas lagi.

"2 la pasai. Kalo dia nikah dengan hang, kena la tahan perangai tidoq dia tau. Hahaha"

Aku balas balik,

"Takpe, kalau dia tdoq, saya pegi maen badminton"

Rumet dia balas balik

"Dia tu manja sat g dia bangun hang takda habeh dia merajuk padan muka hang. haha"

Malam tu, Cik Y mesej aku. Ajak borak.
Aku happy gile.


aku balas balas mesej dengan dia sampai aku tertidur sebelah henset.

Sabtu, Januari 29, 2011

Hari Ini Besday Die

Hari ini besday die.

Aku langsung lupa.
Dalam kepala aku cuma ada Badminton, Renang dan SharePoint.
dan juga Journal Manja Kucen .
Wahahaha.
Aku siyes langsung tak ingat sampaila petang tadi.
Itupun sebab ada orang ingatkan aku.

"hari ni besday dia kan?"

Baru aku teringat.

Kalau dulu, semua mende pasal dia aku ingat.
Skarang, aku dah tak ingat satu mende pun pasal dia.
Slow-slow aku clearkan otak aku tentang dia.

Baguslah kalau aku lupakan dia.
Tak baek ingatkan pasal tunang orang.
dia dah nak kawen dah pun.
Semoga dia berbahagia .

Aku?

Aku ni memang ada penyakit suka lupakan orang.
Dulu, dia sangat rapat dengan aku.
Semua mende aku citer kat dia.
Dan semua mende die citer kat aku.

Skarang?

Skrang, she's just a friend.
A very distant one.
Aritu tu, die saspek aku macam tak brapa stabil emotionally.
Jadi die pun mesej aku bertanya kabar..

"...aku bacau baca jenel kau..
err.. sape yang buat kau sedih wei?
aku tak tau ar aku patut tanya soalan macam ni ke tak..
aku tanye sebagai kawan,
kalau ko rasa nak citer, citer la.

kalau xde, it's ok, aku paham.."

die mesej pagi, petang baru aku balas.
walaupun aku agak terharu dengan mesej dan keprihatinan dia pada aku,
tapi jawapan aku pendek je.

"sorry aku takleh citer."

Aku sangat terok .
Well, actually it's not about her.
Cuma I promised someone else not to tell a soul about this.
But I sounded like I threw her away from my life.

.

Jumaat, Januari 28, 2011

Awekku Musang Berekor Sembilan

Tadi aku usyar-usyar belog kawan aku.
Terjumpa satu entry yang interesting.
Entrynya lebey kurang begini.

"semalam buat keja gila kisahnye, nak download citer korea yang bertajuk Awekku Seekor Musang Berekor Sembilan.

*pergh. citer dah nak basi baru nak download*
"

Bila ternampak je perkataan "Awekku Musang Berekor Sembilan,"
Aku otometik teringat kat dia.
Hampeh.
Taem Tawun Baru Cina camni pon mao jiwang.
Bukan sebab dia dulu adelah musang berekor Sembilan,
Tapi, aku teringat yang dia suke sangat citer musang berekor sembilan tu,
atau dalam bahasa Koreanya, My Girlfriend is A Gumiho.

Orang yang aku sayang sangat suke citer ini.
2-3 hari die asek citer pasal citer Gumiho je..


Korang jangan tanye aku pasal citer Gumiho ni eh.
Aku langsung tak tau.
Pelakon pun aku tak tau.
Aku cuma dengar daripada dia.
Best di mata dia, best jugak la bagi aku.

Aku teringat masa die citer kat aku yang part awal-awal tu kelakar.
die cakap kat aku, "kelakar la citer Gumiho ni."

Aku pun angguk jelah.
Sebab aku tak pernah tengok citer tu.
Aku bukan jenis layan KDrama pun.
Dulu aku layan KDrama pun sebab dia. hihi.

Naseb baek die belom sempat paksa aku nengok citer Gumiho ni.
kalau tak, ade yang aku teriak sorang sorang depan laptop.
macam aku tengok citer Slave Hunter dulu.

Citer pasal Slave Hunter, memang hampeh citer tersebut.
Watak baek, watak watak aku suke semua mati.
Cilanet.

Aku berharap-harap dia dapat melayan citer Marry Me Mary,
yang aku suruh die tengok tu.

Opps.. terlalu jiwang.
Jangan dikenang awek lama wahai Kerel.

nanti kamu semakin frust.


Layan Lagu Jiwang Dulu.

Selasa, Januari 25, 2011

Anak Xyhie Dan Achik Boy


Ini anak xyhie..
Payah ooo nak borak dengan dia...
ataupun mungkin sebab aku ni semulajadi tak mesra bebudak

Susah gile nak tangkap gambar dia.
Jangan kata nak tangkap gambar dengan aku
Nak tangkap gambar die solo pun xleh..
Pantang aku aim kamera je.. mesti die pusing belakang.. macam ni.


sangat pemalu kan dia?

Ye la, tetiba jumpe achik boy kan.. padahal sebelom ni tak penah kenal pun
sampai xyhie cakap, sape sape yang buleh bagi die bercakap depan stranger, die bagi duwet
tapi ekceli aku suke tengok budak ni. comel.
pandai je die bukak/tutup pintu kereta, pakai tali pinggang keledar..



ni masa ktorang kat UMS.
masa ni dah ok sket kot..
sebab die dah boleh jalan sambil pegang tangan aku..
dapat la aku tangkap gambar die..

peaceeeee...


nak tau xyhie kata ape?



nice meeting u too
wah.. anak xyhie teringat kat saye kah..?
terharunya...
bila la dapat jumpa lagi dia..
kim salam ye kat budak tu nanti..



xyhie tambah lagi pastu..


dan ni reply dari orang laen plak..


hihihi..
malunye aku...
malam ni aku nak tidur sambil tersenyum.




It Shall Be Engraved Upon Your Soul,

Aku Rasa Macam Nak Nangis..






it shall be engraved upon your soul,


Isnin, Januari 24, 2011

Penipuan

Apa perasaan korang bila kene tipu?
Ok. That was a rhetorical question.

Kadang-kadang, kita terpaksa menipu, sebab tak sampai hati untuk bagitau perkara sebenar.
Kadang-kadang, kita terpaksa menipu kerana kita merahsiakan sesuatu.

Tapi, sampai bila kita boleh menipu?
Lies will lead to more lies. Until one day, you can't cover up anymore.. then, all is lost.

Hilang kepercayaan
Hilang kawan
Hilang kekasih
Hilang harga diri...

oOhh.. bestnya kalau aku boleh tulis kisah disebalik ni..
tak perlulah aku cover cover dengan bagi ayat abstrak macam ni..
tapi.. tapi aku seorang perahsia..

aku cuma cerita kat orang yang aku percayai..

Ahad, Januari 23, 2011

Kahwin - Untuk Apa?

Aku cilok dari entry daripada blog teh tarik gelas besar


Saat yang paling menakutkan/menggembirakan?Sepatutnya apa?

Sebagai seorang lelaki,akan tiba satu masa detik ini akan tiba.Dan vibe kahwin ni sudah mula dirasai oleh aku setelah kawan-kawan yang sunat bersama-sama dengan aku sudah mula serius berbincang tentang perkara paling serius yang lelaki akan berbincang,jauh lebih serius daripada Manchester United menentang Barcelona pada final Champions League,jauh lebih serius dari politik Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim mahupun situasi semasa di Perak,bahkan jauh lebih serius dari ancaman selsema babi.

Kahwin.

Sebagai manusia yang berusia suku abad,dan dalam wallet cuma tinggal RM20.00,ini adalah tekanan.Ini adalah satu perkara yang amat memeningkan kepala.Ini sangat serius,lebih serius dan tekanan lagi apabila kawan-kawan seracing basikal dahulu sudah mula membawa anak dan menunjuk-nunjuk ke muka aku sambil berkata "tu Uncle Nami..salam..salam..",ditambah pula member-member bercerita tentang khusus kahwin dan hotel mana nak dibooking menjelang hari bahagia.

Satu soalan paling kontroversi:Kenapa kita perlu berkahwin?

Jawapannya:Untuk memenuhi fitrah manusia yang mahukan seks.Ini hakikat.Sigmund Freud mengatakan ini dalam istilah saintifik dipanggil sebagai 'libido',iaitu kemahuan paling dalam dan tersembunyi dalam diri manusia yang dipanggil 'id'.Pemikiran manusia secara dasarnya dibahagi kepada tiga:Id,ego dan super-ego.

Id adalah kehendak yang paling asas seperti makan,minum,pergi jumpa Encik Tan untuk pelaburan*(ini ke tandas),dan seks juga tidak terkecuali.Seks adalah satu aktiviti pembiakan kalau dalam bahasa saintifik,untuk terus mengekalkan speisis untuk terus berkembang.Dalam kes kita,homo-sapiens.

Ego adalah peraturan yang kita sendiri cipta untuk mengawal kemahuan id kita.Ini seperti prinsip hidup dan kepercayaan diri sendiri.Manakala super-ego adalah undang-undang yang dicipta oleh negara atau agama atau adat untuk mengawal kemahuan id kita.

Jadi dalam kes seks,itu adalah id kita,dan super-ego(agama) melarang kita melakukan seks kecuali apabila berkahwin.Manakala ego kita pula ialah kita malu kalau masyarakat tahu yang kita lakukan seks sebelum kahwin.

Jadi,cuba kita lihat realiti kita disekeliling:kenapa orang suka buat seks sebelum berkahwin?

Golongan agama dan moralis akan terus membuka mulut dan mengkritik,macam biasalah,ayat-ayat KBSM seperti "kerana tidak mampu menahan hawa nafsu sendiri" "kerana pengaruh Barat dan kawan-kawan" dan sebagainya.

Tapi,hakikatnya sekarang adalah KAHWIN ITU SESUATU YANG PRIVILAGE.KAHWIN SEKARANG ADALAH MAHAL.Kadang-kadang orang berkahwin untuk menunjuk-nunjuk yang dia ada harta.Satu perkara yang menakutkan,terutamanya lelaki adalah HANTARAN KAHWIN.Menurut kata rakan aku hantaran harga terlatest adalah lebih kurang RM12,000.Bagi mat rempit dan penganggur,mana nak cekau RM12,000 untuk kahwin?Tapi semua manusia ada nafsu kan?

Jadi,mereka pergilah ke tepi semak atau hotel Ah Cheong untuk memuaskan kehendak libido.

Isu kat sini sangat serius.Inflasi harga untuk berkahwin ialah satu penafian hak kepada si miskin untuk nafsu libidonya.Hantaran atau bahasa PPSMInya 'dowry' adalah undang-undang adat yang menafikan hak si miskin untuk berkahwin.Ya,mungkin akan keluar statement dari golongan pemikiran konservatif "kalau tak diberi hantaran macam mana nak yakin untuk bagi anak dara orang kat dia",tapi kalau macam tu,dah namanya orang muda,mana ada duit?Kecualilah kalau dia boleh bermain bola seperti Cristiano Ronaldo,atau dia anak Tan Sri atau Dato' seperti cerita Samarinda,atau dia merompak bank.

Persediaan kahwin bukanlah senang.Tapi kalaulah manusia diajar adat dengan harta benda,tak ke manusia itu akan bersifat materialistik,salah satu unsur penguntungan kapitalisme?

Now,hantaran ini menakut-nakutkan orang muda untuk berkahwin.Ini hakikat.Semua orang mahu berpacaran atau bercinta-cintaan,sebab ini naluri manusia.Homo-sapiens bukan speisis aseks yang boleh membiak sendiri macam micro-organisma.Ini naluri manusia.

Tapi apabila naluri manusia pun nak diniagakan,nak dikapitaliskan,apa yang tinggal lagi untuk manusia?

Jadi pihak JAKIM atau badan berkanun agama menambah-menyusahkan lagi orang muda untuk berkahwin.Untuk berkahwin kena pergi kursus kahwin,alasannya untuk mengajar lelaki dan perempuan bagaimana untuk menjadi suami isteri yang bahagia dan mithali.Poodah,ini business kontraktor kelas F.Semua kursus kahwin adalah milik syarikat persendirian atau penswastaan.Takat baca buku agama 2-3 ketul,nko nak bukak business.Satu kursus kahwin berharga RM80(sumber didapati di Zura's Akademik),ada berapa juta manusia yang nak berkahwin sekarang?Bak kata member aku,jemputan kahwin member-member dia seminggu ni je ada 6 orang.Maknanya ramai la nak kahwin.

Jadi apabila kursus kahwin pun diswasta-kapitaliskan,lepas tu hantaran adat yang dah memang materialistik-kapitalis,dah memang bersifat materialistik,nko ingat budak baru grade macam aku ni mana nak cekau RM12,000 untuk hantaran?Mana nak cekau lagi RM20,000 untuk jamuan?Nak cari rumah baru,kereta baru(sebab kalau pakai kereta lama mak mentua tak yakin),lepas tu mana nak beli perabot baru?

Biasa orang grade umur 23-25 tahun.Standard kahwin 27-30 tahun(ini standard lelaki).Jadi 5 tahun,dengan baru grade,terkedek-kedek nak cari yang stable,gaji standard RM1,800.Setahun RM21,600.Tapi takkan bodoh-bodoh RM21,600 menyimpan.Nak bayar sewa.Nak bayar kereta,tol,minyak,makan,minum,belanja tunang tengok wayang,lepas tu pulak kot-kot kereta rosak,sewa rumah.

Agak-agak berapa duit yang kita tinggal?

Ada member aku lagi best.Solutionnya pinjam duit kat bank untuk kahwin.Pada aku baik nko pinjam kat ah long sebab bank ni ah long berneck-tie dan beroffice.Bank ini ah long yang disokong kerajaan kapitalis.

Sebab tu bila dah habis study,terus jadi hamba kapitalis.Kerja-kerja lepas tu bayar gedebak-gedebuk,nak kahwin pun susah.

Jadi,apa purpose hantaran kahwin ni?Nak suruh si lelaki serius jaga si perempuan?Satu impressi yang anak perempuan takkan makan pasir?Makcik Bedah,sebab nak hantar hantaran lah si lelaki berhutang bank,keliling pinggang.Si isteri pulak baru nampak baju fesyen Diana Danielle atau Rozita Che Wan yang terlatest,nak beli.Kalau tak "abang tido luar".Suami sayangkan isteri terpaksalah cari duit.Kalau ada sijil takpe,yang takat SPM tu takkan tak kahwin pulak?

Kerja overtime la.Tapi bila balik lambat,si isteri kata ada skandal,ada pasang lain.Mana lelaki tak tension,dah la penat,lepas tu kerja macam nak mati,tengah jalan si kapitalis tol dah rompak,kapitalis minyak petrol dah rompak,sampai bil air bil elektrik kena bayar.Bini nak baju Diana Danielle.Lepas tu kerja overtime nak bayar semua,bini kata ada skandal.

Bercerailah sebab banyak bergaduh.Lepas tu pulak,dah bercerai,dituduhlah lelaki tak bertanggungjawab lah,apa lah.

Jangan salahkan lelaki.Salahkan benda-benda mengarut macam hantaran dan kursus kahwin ni.Seks adalah hak manusia.Jadi kalau tak nak semua manusia lakukan perkara yang terlarang iaitu zina(seks sebelum berkahwin),ini patut dilakukan oleh seluruh masyarakat.

1.Hapuskan hantaran.Hantaran membuang duit dan menyusahkan.

2.Hapuskan kursus kahwin.Mereka ini menangguk di air keruh.Kalau nak kahwin kena bayar itu bayar ini,ini business.Mereka menjual agama untuk kekayaan mereka.Sejarah membuktikan orang zaman dulu tak payah pergi kursus kahwin tapi boleh hidup aman damai berbanding sekarang.Lagi banyak bercerai.Masih ingat lagi Norman Hakim dan Abby Abadi ke kursus kahwin,punyalah kecoh.Last-last apa jadi?

3. Kahwin itu adalah lesen untuk melakukan seks.Seks adalah hak manusia.Aku tak pulak kata sokong seks sebelum kahwin,tapi kalau kita kena kahwin untuk seks,kahwin itu hendaklah tidak membebankan.Orang kaya orang miskin pun boleh kahwin.

4. Tak perlu jamuan sampai RM20,000.Tak perlu tempah hotel.Kalau nak kahwin,jemput saudara dan member terdekat je.Tak perlu make-up artist dan photographer yang nak berbusiness dan berfikiran kapitalis ini.

5. Jangan advertisekan dalam Nona perkahwinan Dato' ini anak Tan Sri itu atau artis-artis.Ini akan menyebabkan orang mahu terikut-ikut,lalu membeli barangan yang mahal-mahal.

6.Simple. Jangan niagakan agama. Jangan niagakan libido. Jangan niagakan cinta. Ini yang paling penting.

Kalau tak,kita akan melihat lebih ramai lagi akan melakukan seks sebelum berkahwin.Kena terima hakikat ini adalah kehendak manusia.Orang miskin pun manusia jugak.Mat rempit pun manusia jugak. Piramid Maslow mengatakan seks termasuk dalam kehendak asas manusia (termasuk makan, minum, bernafas, tidur, membuang air kecil dan besar etc.), jadi kalau hak ini pun nak diniagakan,apa yang tinggal untuk manusia?

Sebab tu ada member aku pernah berkata:

"Buat apa kahwin? Menyusahkan badan je. Takat nak itu, pergi belakang Chow Kit boleh dapat."

Ada sesiapa nak bagi pendapat lain?

Khamis, Januari 20, 2011

Surat Kepada Diri Aku Pada 5 Tahun Yang Akan Datang

Date Written: 19 Januari 2010, 4.40pm
Date I'm supposed to open this: 19 Januari 2015

Hai manjacat +5 tahun

ko sihat?
dah dapat geng badminton baru?
ke, ko dah pencen da maen badminton?
kalao ko pencen, sesia la aku beli raket, dan segala gala peralatan sukan. siap beg lagi.
cepat, start hayun raket skarang.

Ala ko ajak la sape-sape maen badminton dengan ko..
jiran ko ke, wife ko ke...

ko tau tak, aku berangan nak bawak bini aku pegi oversea..
ko plak camne?
dah berjaya bawak binik ko sampai oversea ke belom?
ko jangan lupe tau pasal ni.
dapat bawak pegi indon pun jadik la.

hehe ape lagi ehh aku nak citer..
aku teringin nak tengok bini ko sebenarnya..
sape la gadis bertuah yang berjaya curik hati ko tu..

ko tau tak,
dulu aku ada minat kat sorang awek ni..
tapi, die da taknak kat aku kan..
die dah selamatt.. di tangan orang laen dah pun..
nak wat camne..
terpaksa la aku carik laen

Emmm sape name kawan-kawan rapat ko skarang?
ada tak di antara mereka yang aku kenal?
kawan-kawan rapat aku.. yang kat BDN ni laa..
annuraudhah, Eiza171, ibanez, morph, selipar, emy, paji, mrnaza, Ahn, chuya, popo, kerry, lea..
(sekadar menyebut beberapa nama)

ko ingat lagi ke kat diorang?
ko still in contact dengan diorang ke?
aku kenal sangat dengan ko nieh.
suka lost contact dengan orang.
aku tau, tu la bad habit ko dari dulu sampai skarang kan?

Oh ye, lagi satu... berat ko berapa skarang?
kalau berat ko lebih dari berat aku skarang.. aku nak gelakkan ko siap-siap
aku tengah semangat maen badminton, renang, segala bagai..
kalao berat ko bertambah, memang saje laa..

oh ye, lupa mao cakap.
yati kem salam. hihi
ko ingat lagi kat die kan?
syyyy jangan bagi binik ko baca.
kecuali kalau nama binik ko yati la



yours sincerely,

manjacat -5 tahun

Kaki Misteri

ni adelah gambar kaki misteri
gambar adelah ihsan... blog aku yang lagi satu. hihi.

citernya, aku citer kat blog aku yang lagi satu, cakap pasal aku pergi kuar makan pizza dengan seseorang.
orang itu adalah... pemilik kaki ini.

dan yang best..
entry ni adalah sehari lepas Yana bagitau semua orang yang dia dah nak bertunang.
Aiseh, nak kene tambah citer lagi.
Ok, sebelom ni aku minat Yana.
Tapi Yana dah nak bertunang dengan orang laen.
Jadi, marilah kita pergi carik awek baru.... eh?

ini adelah komen kawan-kawan aku bile aku tunjuk gambar kaki misteri ni..

ibanez: auwww kerel~!!! pantass!

ERFi: Mesti lu makan pizza dalam keadaan basah. Kan?

xamel: Laaa.... tak sempat nyanyi "Di Mana Kan Ku Cari Ganti" .

mr_naza: org xtgk keta la kerel...org tgk kaki berselipar biru...annur ka??

annuraudhah: apekah? name saye tetibe dipetik di sini

emy: annur pakai stokin la kat kaki...

mr_naza: annur kat dekat ngan umah kerel...eh lupa plak annur pakai stokin kat kaki...igt kat tangan...

AbdullahCheng: ntah ntah tu tapa. kerel dah tukar selera

Anne: hari tuh masa badminton,
annur pakai selipar biru tuh.
Ala kerel, mao buat seprais pom kasik hint yang x seprais.



::Patut lar annur x online semalam.

MorpheuzNeo: itu pasal laa saya perasan juga.. ..

hahaha.. tapi kaki tu kecik macam kaki ANne..

MUFanz: aku teka tu kaki kudin....

sebab tu kudin tak online malam tadi

Anne: Saya ada selipar warna pink je eh.
.
Kesimpulannya,
itu memang kaki annur.


mr_naza: mane tuan empunya kaki ni.....xnak ke masuk jenel ni.....

emy: dia sibuk main badminton kot..


@@@@@
Pasal cuci keter
@@@@@

Xamel: Kete tu nampak bersih lagi. Aku selagi pasir kat carpet dalam tak mcm Gurun Sahara, aku malas nak hantar cuci.

DarkEmperor: ko patot jengok dalam keta aku...
tgk patot ke idak ko nak cuci dalam keta ko...

aku bet 1-2 tahon pertama je ko beriye kalau bley nak sentiase berseh....
pastu ko bley geng kiteorg...
bersepah kat dalam cam lori...
or bak kate xamel...
mcm guron sahara...

chuya: ko kena cuci kete sebab??? kerelll no gud ok... suweiii tau kalo dalam kete...

@@@@@

Komen chuya tu kelakar.
Tergelak gelak aku baca.
dan nak dijadikan citer, Jumaat tu aku eksiden masa nak pegi maen badminton.

@@@@@

chuya: haaa kan aku dah kata.. suweiii.. wakakakakaka