Selasa, Julai 12, 2011

Naek Gaji



boss cakap,
gaji saye naek.
walau pon aku tak berani nak kompem
sebab belom dapat payslip lagi
(ujung bulan ni baru tau)

tapi, nak gembira gak :D


Sekian time kaseh.

Isnin, Julai 11, 2011

Kekasihku Milik Orang


Antara sikap aku yang paling terok, adelah

kalau aku suke/cinte/sayang kat seseorang @ ada crush kat seseorang
lepas tu aku dapat taw yang die nak kawen..
memang aku tak akan pegi kenduri kawen dia.

Tak kira lah betapa rapatnye aku dengan seseorang itu.
Sebab ape?

sebab aku rasa sangat loser
bile tengok orang yang aku suke kawen dengan orang laen.
sebab jauh di sudut hati,
aku merasakan,
Orang yang sepatutnye bersanding dengan die tu adelah aku.
Jadi, aku akan menjeles tak bertempat.

Jadi, pilihan terbaik adalah tayah pegi.

Macam aritu,
Cik L neh siap sms aku kot mintak alamat untuk antar kad kawen dia..
haram aku tak balas
sebab kalau aku bagi alamat, jawabnye aku kene pegi.

Tapi last last,
kerana aku kesiankan sorang awek ni
yang teringin sangat sangat nak pegi tapi takdek transport
maka aku pom dengan baek hati (konon) offer diri untuk pegi sama sama naek keter aku.

Dalam ati aku berkata
takpelah, untuk kali ni je aku abaikan prinsip aku
semata mata kerana awek ni.

Daripada plan nak pegi berdua ke kenduri Cik L,
pastu terus nak jadik macam konvoi.
siap nak buat trip beramay ramay lagi
takleh nak back down la ni.
padan muka aku.

maka, pada hari kenduri tersebut
aku da siap sarung jubah ni.
nak pegi kenduri kawen Cik L.
tunggu punye tunggu, last last awek ni sms aku
cakap die tak jadi pegi.

Maka aku pon ape lagi,
terus tanggal jubah
baring kat sofa
dan dengan tak malunya aku SMS sume orang yang sepatutnye konvoi dengan aku pada hari itu
Aku kensel pegi kenduri kawen Cik L.
Korang pegi la carik transport laen

Sebelom ni aku memang pegi semata-mata sebab aku kesiankan awek ni je yang teringin sangat nak pegi tu.
oleh kerana awek ni tak pegi
maka aku pom tak pegi laa~~~

Jahat tol...

So, kesimpulan daripada cerita ini
kalau next time korang kawen,
dan aku tak pegi kenduri kawen korang
bukan sebab aku benci korang
dan anggap korang ni musuh aku,
tapi sebenarnye
aku anggap korang ni orang yang paling rapat dengan aku
dan aku sayang korang sangat sangat
sampai aku jeles tengok korang kawen dengan orang laen.

* adepun ini cuma applicable kepada wanita sahaja *



It Shall be Engraved Upon Your Soul,

Sabtu, Julai 09, 2011

Bersih


Actually, aku tak against bersih. Kalau tak silap aku, tuntutan bersih ada 4.
  1. Penggunaan Dakwat Kekal
  2. Pembersihan Daftar Pemilih
  3. Pemansuhan Undi Pos
  4. Akses Kepada Media
Ok, pasal 1-3 tu, aku rasa tadek masalah. Bukan sebab aku kompiden BN menang, tapi biarlah BN menang secara fair. Biar kerajaan yang dipilih tu betol2 represent ape yang rakyat undi masa pilihanraya. Kuasa adalah di tangan rakyat.

Cuma yang nombo 4 tu, aku doubt sket laa
Sebab aku tak tau sama ada geng pembangkang ni, kalau dibagi akses media, kalau ceramah diorang sume maki maki pun tak bagus gak. Aku harap, kalau diorang ni dibagi akses media, diorang akan berkempen macam civilized people.

Ok, berbalik pada pasal kuasa di tangan rakyat ni.
Kita pilih pemimpin yang serve rakyat.
Bukan kita pilih pemimpin yang mintak rakyat sembah dia.

Macam aku, walaupun aku penyokong BN,
aku tadek masalah dengan penyokong PR.
korang nak pangkah PR, pangkah la.
Itu hak korang.
hak aku, aku buleh pangkah sapa2 sape pun aku nak.

Masalah orang-orang PR ni, diorang menafikan hak aku untuk pangkah sape yang aku suka.
Diorang pertikaikan kenapa aku pangkah BN.
"Sekati aku la aku nak pangkah sape-sape, kan?"
Bila hak aku dinafikan, aku jadi bengang.
Bila aku bengang, aku akan purposely buat mende yang penyokong PR bengang.
Ape yang diorang bengang?
Diorang bengang kalau aku pangkah BN.
So, itulah yang akan aku buat.




Sape yang akan aku pangkah time pilihanraya nanti?
kalau korang tanye aku skarang, mestilah aku tak tau.
sebab aku kene tengok sape calon yang bertanding kat tempat aku tu.

walaupun aku cakap terang terang kat sini yang aku sokong BN,
tapi tak semestinya aku akan undi BN bile time PRU nanti.
semuanya bergantung pada sape calon kat tempat aku tu.

katalah bila time pilihanraya nanti
tetiba tengok BN pegi taruk kambing jadik calon.
PR plak taruk ustaz.
mestilah aku akan undi PR.
buat ape aku nak undi kambing untuk jadik wakil aku kat parlimen :|

@@@@@@@

Oh ye, mungkin korang perasan tetiba apesal ade tag Cik Y plak dalam entry kali ni?
ekceli, aku baru jek lepas borak dengan Cik Y tadik kat YM.
maklom la Cik Y kan penyokong barisan alternatif PR yang tegar.
Jadi, kalau borak2 pasal politik, borak2 pasal bersih ni, mesti dia suke :p

Aku tanye die, pergi ke perhimpunan Bersih?
Die cakap die tak pegi..

emmm pastu panjang gak la aku borak dengan dia.
ada la dalam 30 minit - 40 minit camtu kat YM.

Sebenarnya lama dah aku tak borak dengan Cik Y sebenarnya.
Sebab sebelom2 ni pun die bukannye layan aku sangat.
kalau borak dengan aku sebelom ni tak pernah lebih dari sebaris.
tadik je kebetulan die layan aku lebih dari sebaris



Cuma tadik jek aku tergatal tangan pegi tegur dia..

anyway, dia cakap tadi, petang ni die nak bawak adik2 die kuar pegi JJ.
and ada la die borak dengan aku jap pasal Celcom BB..

Actually, this is the first time kot after a long time,
die share stuff dengan aku.
kalau tak, jangan harap la..

Oklah.
lapao.
Mao Pegi Makan.