Isnin, Januari 31, 2011

Review Filem HAQ

Aku baru tengok citer ni tadi.

Bak mai aku kasik review sket filem nieh.
Aku kalau bab nak kutuk filem memang aku suka.




Lakonan:
Zul Huzaimy: biasa.
Adi Putra: cenggumpuk. Apesal nak cakap guna nafas?
Fatimah Abu Bakar: biasa.
Raja Farah: tak best.
Nanu: bolehlah.

Starting: Aku tak paham apesal die nak buat montaj gempak-gempak.
Kalau awal-awal tu ada aksi lawan ke takpe gak.
Ini stakat tunjuk skill tolak ashtray dengan tolak gelas..
pastu buat flashback kisah bebudak berebut guli
Itupun nak montaj siap berapi-api bagai..

Jalan Citer:
  1. Kalau tak dibagitau kat tengah citer yang mak HaQ meninggal, aku sampai skarang tak tau yang keter terbalik di awal movie tu adalah keter mak HaQ. Aku ingatkan keter pak pacak mane ntah tetiba speeding kat jalan kampung.
  2. Apehal tunjuk si Bad(Adiputra) aje yang berlawan? bukan ke heronya si HaQ (Zul Huzaimy). Aku siap kompius sekejap tak pasti heronya yang mana satu, sebab aku asek tengok si Bad aje yang buat power.
  3. Aku tunggu dekat setengah jam baru la dapat tengok action pertama.. Aina (Raja Farah) kena culik oleh penjahat naek van. Baru je aku nak eksaited sekejap, tengok si HaQ ni sepak kiri skali, sepak kanan skali, dah orang jahat lari. Belom sempat nak teruja. Ape kes?
  4. Ape motif si Bad (Adiputra) nak menculik si Aina (Raja Farah) & Zahra (Nanu) kat tengah citer?
  5. Part Bad lawan penjahat ramai-ramai kat hangar kapalterbang tu.. pun tanda tanya gak. Kenapa penjahat ramai-ramai tu tetiba nak lawan Bad?
  6. Kecik kecik dulu, HaQ menari dengan mak dia. Besar-besar, die menari dengan Zahra. Kalau menari swing je, twist ke, takpe gak. Ini setakat gerak badan sket sket sambil peluk pasangan. Padahal Aina dengan Bad kat sebelah tu pun menari sebijik macam diorang. Itupun nak cakap "U ni pandai menari la HaQ.." Nak termuntah aku tengok.
  7. Babak Bad nak pegi jumpa bisnesman cina dalam private jet tu.. Kenapa?
  8. Hujung-hujung citer, si Bad ni culik Aina dan simpang dalam kontainer kat pelabuhan. Ntah camne si HaQ boleh tau si Aina dalam kontainer mana, aku pun tak tau. Pastu siap penuh skrin komputer plak masa HaQ nak mencari Aina.. Macam citer Robocop plak. Aku plak kompius. HaQ ni orang ke Robot?
  9. Lepas Bad kalah (mati), terus roll credits. Aku pun tak tau ape jadi kat Zahra dengan Aina. si Zahra tu siap kene langgar lagi dengan keter. Ntah hidup ntah dah kojol.
Kesimpulannya:
  1. Jalan citer ntah ape ape. Harap Ferrari je mahal.
  2. Bosan, dragging dan slow nak mampus. Tadek langsung ghairah aku untuk tengok apa yang berlaku lepas tu. Aku siap 20 minit pertama tadi aku siap terasa macam nak kuar panggung.
  3. Banyak scenes yang aku rasa tak menyumbang pun dalam keseluruhan citer.
  4. Yang pegi amek gambar aquarium ikan tu dekat 100 kali apehal?
  5. Actionnya ada la sikit je... Lebihnya banyak bercakap. Aku rasa genre filem ni patut ditukar. Bukan filem aksi tapi filem bercakap.
  6. Laaaast skali baru la si HaQ ni lawan BaD. Aku rasa kalau si HaQ ni pukul si Bad awal awal, dah abes dah citernya. Tak payah aku tunggu dekat sejam lebey nak tunggu diorang berlawan.
Oh ye, nama citer tu HAQ.
Patut tambah pade tajuk cerita sebagai HAQTUIHH.

2 ulasan:

Park Min Rin berkata...

hahaha...ain setuju.. entah ape ape je cita ni.. memang haqtuih pun.. rugi je duit.. tak bes langsung.. semua orang dalam panggung merungut pasal cita ni..

Unknown berkata...

haha tau xpe..
yang dalam wayang dengan saya aritupun semua kata citer tu boring