Ahad, Januari 30, 2011

Berpolitik Bersama Cik Y

First of all, aku nak bagi DISCLAIMER dulu.
sebelom ada yang mengamuk tak pasal-pasal.
Bukan semua penyokong PR macam ni.
Aku ada a few friends, (eh!)
ekceli ramai je kawan-kawan aku yang sokong PR.
Tapi diorang boleh menerima ni secara matang.
Unlike certain people...

Ekceli ada beberapa sebab aku malas borak pasal politik,
Especially bila borak dengan orang-orang penyokong PR ni.

The main reason, most of them are sore losers.
Bila kalah je, pengundi hantu la. SPR tak telus la
Dan macam macam lagi alasan.
Pilihanraya ni macam pertandingan la kan.
Ada kalah, ada menang.
Kadang-kadang PR kalah, kadang-kadang PR menang.

Yang kedua, cuma ada satu jenis je orang yang matang dan bijaksana dalam dunia di mata mereka.
Itu adalah mereka yang menyokong PR.
Semua yang menyokong BN adalah yang bengap lagi bangang.

Diorang macam takleh terima sebab ape aku sokong BN.
Pantang nampak orang yang sokong BN, mesti nak ajak berdebat.
Suka ati aku la aku nak pangkah sapa-sapa pun, kan?
Adekah kerana aku ni seorang yang hebat di mana undi aku di kira 100 undi?
Sama je dengan orang-orang laen, kalau aku pangkah BN atau PR, aku tetap dikira 1 undi.
Tak payah la nak convert aku.
Ade aku tanya kenapa korang sokong PR?
Tadek kan. So get over it.

Ok, on with the story.

Malam tadi, Cik Y mesej aku, tanye pasal keputusan DUN Tenang.
Kebetulan masa tu aku ada kat CC (tengah maen DoTA)
jadi, alang-alang tu, aku gugel la skali keputusan DUN Tenang.

Aku pun cakap la kat dia, BN menang.

buleh plak dia reply camni:

"Owh, OK, xpe, BN menang di dunia..."

itu la contoh ayat sore loser,
atau ayat orang yang tak leh menerima kekalahan.
Biasa la dalam politik, ada menang, ada kalah.

Lepas tu, die tanye aku, aku sokong sapa.
Ah, sudah. Ni kompem gado ni.
Sebab aku dah tau dah yang Cik Y ni minat politics dan sokong pembangkang.
Nak tak nak, baik aku bagitau die skarang aku sokong sape.
Buatnya kot nanti aku ternikah dengan dia
then die found out yang aku ni sokong BN rupanya... kan haru tu.
Baek bagitau awal awal.

"U sokong ape?"
"BN"
"Kenapa sokong BN?"

Nak aje aku jawab, sekati aku la aku nak sokong ape pun.
Aku pun jawapla, aku tak minat borak pasal politik.

"I tau, orang BN tak minat debate sebab diorang semua coward,"

Pastu, die kata aku bodoh sebab walaupun aku rasa there are some things yang aku tak suka kat the current government,
tapi aku still nak sokong BN gak.
Ekceli point aku simple je, aku tak rasa kerajaan sekarang perlu ditukar. Plain and simple.
Tapi sebab dia nak aku elaborate, so aku elaborate la kan?

Last-last aku cakap kat dia terus. Aku tak sokong PR sebab
1) diorang suka buat character assasination.
2) aku tak yakin diorang boleh mentadbir negara.

Simple kan? Tapi kalau dah darah pembangkang tu, pembangkang gak la kan.
Dia argue lagi, abes tu skarang ni ape yang best sangat tentang BN?
Pandai kan dia ni.
Nak pancing aku ajak berdebat.
Siyes, die memang takleh terima yang aku taknak berdebat dengan dia.

Aku saje je carik ayat ayat yang dia takleh nak argue.
Sebab aku tau, kalau aku bagi political example, kenapa aku rasa BN bagus,
mesti dia akan pangkah balik.

"I rasa skarang ni OK je."

Bagus tak jawapan aku?
Aku tau ayat tu memang uncounterable.

"U nak menang kan? Ok la, U menang. 1-0." tambah aku lagi.

Pastu, dia balas,

"Bukan nak menang, tapi.... "

Pastu tetiba banyak pangkat aku dapat.
Bodoh, Dungu, Bodoh Sombong, Bodoh Yang Jelas Dan Nyata..

Dasyat kan?
Kenapa la orang PR ni ngajar berkempen macam ni.
Campaign by hatred.

Paling tak best, bila aku kata "Fahaman politik kita tak sama, tapi agama kita sama,"
pastu dia balas balik, "Politik dan Agama can't be separated.."
Ape ni?
Tak betul ke aku cakap?
Agama dia, dengan agama aku, sama-sama Islam.
Cuma interms of politics, aku sokong BN, dia sokong PR.
Betul la aku cakap kan?
Adekah kerana aku Islam, aku mesti sokong PAS?
Aku rasa ini mesti sebab terpengaruh dengan dulu dulu ada orang cakap
"Sapa sokong BN masuk neraka, sape sokong PAS masuk syurga.."

Oh lupe, pastu die tambah lagi,
Dia kata die taknak kawen dengan aku,
Sebab aku tak sekufu dengan dia.

Quote her words:

".. u jangan pikir kawin tu sebab sayang je.
Tu pentingnya sekufu. Bukan darjat je sekufu.
Bila da settle bab sekufu baru leh timbul sayang
or baru bleh cakap pasal sayang, faham?
Ni punya basic pun tak reti. Adoi!"


Aku baru tau yang orang yang different political background dikira kufu yang berbeza..
Aku baru tau, syarat kawen adalah kena sokong parti politik yang sama..
Mungkin tok kadi ada check kot sebelom nikah.
Ntah la. Malas nak komen ayat ni.
Maybe aku kot yang bodoh yang jelas dan nyata.

Aku rasa, inilah masalahnya dengan penyokong PR.
They can't co-exist dengan orang yang sokong BN.
Diorang sokong PR sebab diorang benci BN.
Jadi, diorang benci semua penyokong BN.

6 ulasan:

Cempaka Biru @ ally berkata...

aku suka cara ko tangani isu ni, itu salah satu ciri yg kena ada bila ko kahwin nnt, berdiplomasi. Kalu belum kawen pun dah gaduh pasal isu yang takder kaitan ngan idup dah kawen nnt aku tak taulah gaduh pasal apa lak, mungkin pasal kucing jiran sebelah kot.

Kesah Saya berkata...

tetiba aku klik la kan blog manjakucem..hehe

bila PR menang..for sure ayat akan bertukar...

BN dah tak relevan la...pastu petanda awal kerajaan akan diturunkan lah..whatever..

tp aku tak suka org memanggil org lain bodoh, bangang etc..semata2 kita tk sokong sama macam diorg sokong..

pandai sgt ke diorg tu??

- cik fizah tinggi lampi eh silap lampai :p

aruzyma berkata...

-ni sebenarnyer copy paste dari blog cempakabiru-
sangat comel baca topik pergaduhan encik manja kucen ^_^ ... somehow cik Y sangat comel dalam mempertahankan pegangan dia.. tapi... kan kerajaan dah habaq yang "UNDI ANDA ADALAH RAHSIA" yang encik manja kucen gitau tu awat ? huhuhu dan tapi lagi,tak patutlah cik Y nak kata encik manja kucen sampai macam tu hanya kerana dia menyokong BN.. menegakkan pendirian biarlah dengan hikmah, bukan dengan emosi... by the way, did i mention cik Y sangat comel bila dia marah2 encik manja kucen mcm tu? hahaha [sah2 encik manja kucen belasah dengan kasut ble baca komen ni... :P]

munawar berkata...

ko comolot jer ngan dia mesti dia sekufu ngan ko terus

Unknown berkata...

cempakabiru: betol2. rugi tenaga je gadoh pasal mende yang takde kaitan dengan rumah tangga kan. ecewah.
masalahnya, die ke yang akan berumahtangga dengan aku? tettt

fizahtinggi: hihihi

aruzyma: hahah comelkan pergaduhan ktorang. saya baca balik pun kadang2 mao tergelak.

munawar: hahaha. tenkiu. komen ko paling lawak.

aruzyma berkata...

hahaha....saya pun nak gadoh ngan manjacat pasal politik jgk... nanti bleh jadi tajuk baru "berpolitik dengan cik A" hahahaha :D like! like!