Selasa, Julai 12, 2011

Naek Gaji



boss cakap,
gaji saye naek.
walau pon aku tak berani nak kompem
sebab belom dapat payslip lagi
(ujung bulan ni baru tau)

tapi, nak gembira gak :D


Sekian time kaseh.

Isnin, Julai 11, 2011

Kekasihku Milik Orang


Antara sikap aku yang paling terok, adelah

kalau aku suke/cinte/sayang kat seseorang @ ada crush kat seseorang
lepas tu aku dapat taw yang die nak kawen..
memang aku tak akan pegi kenduri kawen dia.

Tak kira lah betapa rapatnye aku dengan seseorang itu.
Sebab ape?

sebab aku rasa sangat loser
bile tengok orang yang aku suke kawen dengan orang laen.
sebab jauh di sudut hati,
aku merasakan,
Orang yang sepatutnye bersanding dengan die tu adelah aku.
Jadi, aku akan menjeles tak bertempat.

Jadi, pilihan terbaik adalah tayah pegi.

Macam aritu,
Cik L neh siap sms aku kot mintak alamat untuk antar kad kawen dia..
haram aku tak balas
sebab kalau aku bagi alamat, jawabnye aku kene pegi.

Tapi last last,
kerana aku kesiankan sorang awek ni
yang teringin sangat sangat nak pegi tapi takdek transport
maka aku pom dengan baek hati (konon) offer diri untuk pegi sama sama naek keter aku.

Dalam ati aku berkata
takpelah, untuk kali ni je aku abaikan prinsip aku
semata mata kerana awek ni.

Daripada plan nak pegi berdua ke kenduri Cik L,
pastu terus nak jadik macam konvoi.
siap nak buat trip beramay ramay lagi
takleh nak back down la ni.
padan muka aku.

maka, pada hari kenduri tersebut
aku da siap sarung jubah ni.
nak pegi kenduri kawen Cik L.
tunggu punye tunggu, last last awek ni sms aku
cakap die tak jadi pegi.

Maka aku pon ape lagi,
terus tanggal jubah
baring kat sofa
dan dengan tak malunya aku SMS sume orang yang sepatutnye konvoi dengan aku pada hari itu
Aku kensel pegi kenduri kawen Cik L.
Korang pegi la carik transport laen

Sebelom ni aku memang pegi semata-mata sebab aku kesiankan awek ni je yang teringin sangat nak pegi tu.
oleh kerana awek ni tak pegi
maka aku pom tak pegi laa~~~

Jahat tol...

So, kesimpulan daripada cerita ini
kalau next time korang kawen,
dan aku tak pegi kenduri kawen korang
bukan sebab aku benci korang
dan anggap korang ni musuh aku,
tapi sebenarnye
aku anggap korang ni orang yang paling rapat dengan aku
dan aku sayang korang sangat sangat
sampai aku jeles tengok korang kawen dengan orang laen.

* adepun ini cuma applicable kepada wanita sahaja *



It Shall be Engraved Upon Your Soul,

Sabtu, Julai 09, 2011

Bersih


Actually, aku tak against bersih. Kalau tak silap aku, tuntutan bersih ada 4.
  1. Penggunaan Dakwat Kekal
  2. Pembersihan Daftar Pemilih
  3. Pemansuhan Undi Pos
  4. Akses Kepada Media
Ok, pasal 1-3 tu, aku rasa tadek masalah. Bukan sebab aku kompiden BN menang, tapi biarlah BN menang secara fair. Biar kerajaan yang dipilih tu betol2 represent ape yang rakyat undi masa pilihanraya. Kuasa adalah di tangan rakyat.

Cuma yang nombo 4 tu, aku doubt sket laa
Sebab aku tak tau sama ada geng pembangkang ni, kalau dibagi akses media, kalau ceramah diorang sume maki maki pun tak bagus gak. Aku harap, kalau diorang ni dibagi akses media, diorang akan berkempen macam civilized people.

Ok, berbalik pada pasal kuasa di tangan rakyat ni.
Kita pilih pemimpin yang serve rakyat.
Bukan kita pilih pemimpin yang mintak rakyat sembah dia.

Macam aku, walaupun aku penyokong BN,
aku tadek masalah dengan penyokong PR.
korang nak pangkah PR, pangkah la.
Itu hak korang.
hak aku, aku buleh pangkah sapa2 sape pun aku nak.

Masalah orang-orang PR ni, diorang menafikan hak aku untuk pangkah sape yang aku suka.
Diorang pertikaikan kenapa aku pangkah BN.
"Sekati aku la aku nak pangkah sape-sape, kan?"
Bila hak aku dinafikan, aku jadi bengang.
Bila aku bengang, aku akan purposely buat mende yang penyokong PR bengang.
Ape yang diorang bengang?
Diorang bengang kalau aku pangkah BN.
So, itulah yang akan aku buat.




Sape yang akan aku pangkah time pilihanraya nanti?
kalau korang tanye aku skarang, mestilah aku tak tau.
sebab aku kene tengok sape calon yang bertanding kat tempat aku tu.

walaupun aku cakap terang terang kat sini yang aku sokong BN,
tapi tak semestinya aku akan undi BN bile time PRU nanti.
semuanya bergantung pada sape calon kat tempat aku tu.

katalah bila time pilihanraya nanti
tetiba tengok BN pegi taruk kambing jadik calon.
PR plak taruk ustaz.
mestilah aku akan undi PR.
buat ape aku nak undi kambing untuk jadik wakil aku kat parlimen :|

@@@@@@@

Oh ye, mungkin korang perasan tetiba apesal ade tag Cik Y plak dalam entry kali ni?
ekceli, aku baru jek lepas borak dengan Cik Y tadik kat YM.
maklom la Cik Y kan penyokong barisan alternatif PR yang tegar.
Jadi, kalau borak2 pasal politik, borak2 pasal bersih ni, mesti dia suke :p

Aku tanye die, pergi ke perhimpunan Bersih?
Die cakap die tak pegi..

emmm pastu panjang gak la aku borak dengan dia.
ada la dalam 30 minit - 40 minit camtu kat YM.

Sebenarnya lama dah aku tak borak dengan Cik Y sebenarnya.
Sebab sebelom2 ni pun die bukannye layan aku sangat.
kalau borak dengan aku sebelom ni tak pernah lebih dari sebaris.
tadik je kebetulan die layan aku lebih dari sebaris



Cuma tadik jek aku tergatal tangan pegi tegur dia..

anyway, dia cakap tadi, petang ni die nak bawak adik2 die kuar pegi JJ.
and ada la die borak dengan aku jap pasal Celcom BB..

Actually, this is the first time kot after a long time,
die share stuff dengan aku.
kalau tak, jangan harap la..

Oklah.
lapao.
Mao Pegi Makan.

Isnin, Jun 13, 2011

Long Time No See


Lama gile aku tak hapdet ini blog.

Emmm aku usyar jap pesbuk cik Y tadi.
die da tukar profile pic baru. comel.
pastu aku ada gak check wall post die..
last wall post die 29 mei.

Ekceli, aku dah lama sebenarnya tak kontek cik Y.
last skali aku kontek die ialah masa besday die bulan 4 aritu.
itu pun SMS je..

"u, happy birthday"
"thanks"

Itu je last ktorang SMS each other.
pastu, aku da tak kontek die dah.
wall die pon aku tak tengok.

Aku pon tak tau sama ada die nak keje ataupun sambung study.
yang aku tau die dah abes belajar.
aritu aku dapat tau macam die tengah nak usyar usyar peluang untuk sambung study.
tak tau la dapat ke tak dapat.
tapi aku bajet orang pandai macam die kompem la dapat kalau die apply..

OK r. abes citer pasal Cik Y. All the best for her.
Aku pun basically dah move on.

layan lagu jiwang dulu.. :D

Isnin, Mac 28, 2011

Saya Memang Garang Di Telepon

Aku sepatutnya mengantuk
Tapi aku tak leh tido.

Esok pagi aku kene amek abah dengan maksu dari KLIA.
abah aku, maksu aku dengan pakcik makcik aku balik dari umrah hari ni.

Diorang sampai KLIA kul 9.30am,
maka secara logikanya, paleng lewat aku boleh gerak dari umah aku adelah kul 8 pagi.

Drive dari umah aku ke KLIA dalam 45 minit, campur masa parking dengan aku berjalan dari parking KLIA ke arrival hall (cewah padahal naek lif)
aku rasa, cun-cun kot aku buleh sampai sebelum 9.30am

Kalau nak ikutkan, buleh je kalau aku sampai kul 10 pagi.
sebab, kalau plane landing pukul 9.30 pagi
mesti diorang nak berjalan lagi, menuntut bagasi lagi, clear imigresen/kastam lagi..
Ntah-ntah kul 10.30am baru diorang sampai arrival hall.


Tapi, kalau buleh aku taknak buat gitu
sebab yang aku nak amek ni abah aku.
kalau stakat nak ngambik kawan,
tak kisah kalau nak suruh kawan aku menunggu sejam dua kat airport tu.

Tambah lagi abah aku ni datang dengan pakcik makcik aku.
Karang ape plak yang dipikirkan oleh pakcik makcik aku
bila tengok aku lewat amek abah aku sendiri kan..

Masalahnya...

Aku baru sedar yang telepon aku dah abes bateri.
charger plak tinggal kat opis.
Matik r kalau kalau diorang telepon..



Citer pasal telepon, (.... baru nak sampai kesah sebenar)

malam tadi pakcik aku call aku..
tapi agak malang gak la bagi die,
sebab cara aku jawab tu agak kasar.

Kisahnya, malam tu die telepon aku,
Aku plak mane ade nombo henset pakcik aku.
Jadi, bile aku tengok henset, sah sah la nombo pelik yang kuar.

"Hello," kata aku.
Pakcik aku pegi tanye aku, "ni sape?"

Aku mane la cam suara pakcik aku dalam tepon.

Dan aku plak jenis memang cukop pantang kalau orang yang telepon,
tadek mukadimmah terus tanya aku sapa.

Dah telepon henset aku, sah-sah la aku yang angkat.
Abeh tu, camne buleh dapat nombo aku?

Selamba je aku sound balik pakcik aku,
"Awak yang telepon saya, awak mesti tau saya siapa."

Lepas tu, barulah pakcik aku cakap
"ni ha bapak kamu nak cakap dengan kamu"

Oh, baru aku tau.
Pakcik aku rupanya call dari Arab Saudi.

Pakcik, mentak maaf eh..
anak sedara pakcik ni memang kwajaq sket dalam telepon
kalau dengan orang yang tak kenal.

Cara saya jawab memang kasar.
Bukan apa, kadang-kadang tu yang telepon tu semua telemarketing.
Suruh beli insurans la
Suruh beli kad kredit la...

saye maleh nak layan.

Ahad, Mac 27, 2011

Rambut Downtown

Lama gile tak hapdet.

Sebenarnye aku nak tepek gambar aku je..
Aku baru lepas gunting rambut malam tadi.
Hasil kerja mamat tukang gunting kat downtown.

Kesahnya, lepas maen DoTA dengan Ahn + Ibanez + Untabesi,
AbdullahCheng Untabesi kata, dia nak carik selipar.
Maka aku pun dengan pantasnya ajak dia pegi Downtown.


ini adalah downtown.
tapi ini bukan tangkap gune kamera aku

Kat Downtown aku terjumpa stall gunting rambut.
Ape lagi aku pun cuba naseb laaaa...

Ni rambut lepas mandi.
Sebab tu macam terlebey lurus.
Kalau tak, tadi lagi dasat die set rambut aku.
Siap guna mousse (wangi gile mousse tu),
Taruk krim rambut segala...
Tak caya tanya UntaBesi


nilah dia hasel guntingan mamat Downtown tu...


First taem neh aku gunteng rambut camni.
Ape la agaknya parents aku cakap bile nampak rambut aku camni bila diorang balek umrah nanti.


it shall be engraved upon your soul,

Selasa, Mac 15, 2011

Alalala Tok Jangan Saman!


Actually, ada a few stuff yang aku nak tulis kat belog ni.
Tapi aku tak berkesempatan.
Sebab aku sibuk giler.

OKlah, aku nak citer satu mende dulu.
Abah aku ekceli sangat la tak berkenan dengan cara aku bawak keter
Sebab die kata aku bawak macam orang racing.
Masa bawak manual dulu, die komplen sebab aku suke tukar tukar gear.
Sebelom korner, siap drop gear,
korner amek gear 2,
lepas tu naek balek gear sampai 4
Ntah, bagi aku biasa je. Bukan aku rosakkan clutch.
Aku cuma drop gear masa cornering.
Betul la tu kan?

Skarang aku da pakai keter auto
dah tayah tukar-tukar gear..

dan baru baru ni aku beberapa kali gak la drive abah aku pegi memana.
dan masuk ni dah 2x aku bawak abah aku pegi KL naek keter aku.
bapak aku dalam keter die senyap je

Sampai je kat umah pakcik aku,
terus die pun bukak citer
aku bawak keter macam pelesit..
abeh sedara mara aku tau..

Siap bukak citer aku bawak keter 180km/j..
Hampeh..
Aku paleng laju bawak 160km/j je eh..
belom lagi mencecah 180km/j setakat ini.
Slalunye aku bawak atas highway 140km/j je..

Untuk bapak aku yang 20 tawun bawak Datsun 120y
140km/j tu kira laju la.
Maklom la, dok Ipoh jalan kecik kecik,
mane buleh speeding.
Atas highway pun paleng laju die bawak adelah 120km/j je.

Ape boleh buat bah,
anak abah ni dah dekat setahun driving keter kat KL.
mane reti bawak selow


Citer pasal bawak laju
abah aku saspek
kompem name aku naek punye kat JPJ atau PDRM
Dengan pantasnya die suruh aku pegi check saman kat MyEG.

Aku selama ni selamba je tak check..
gile gamble siot.
Padahal aku nak renew roadtax ujung bulan Mac ni. :P
Buatnya kene blacklist, meraung..

Dipendekkan citer,
malam tu aku pun check saman aku
Sekali bila check...


Tadek Saman...

kat JPJ pun tadek nombo IC aku
kat PDRM pun tadek.
Kesimpulannya, sama ada aku ni pemandu yang berhemah
ataupun aku cume speeding kat tempat yang tadek polis.

Syukur gak la aku tak kene lagi saman.
Kalau tak, free-free je RM300 hilang begitu saja.
Maaf, aku belom cukup kaya untuk derma duet aku kat PDRM..

Khamis, Mac 10, 2011

Saya Yang Tiada Finishing


OK, ini something yang aku petik dari forum tempat aku lepak..
Kisah die camni..
mamat bigboy ni duda. Die sudah syok dengan sorang awek kat opis die.. Jadi die pun bukak lah topik perbincangan (thread) untuk diskusi pasal perasaan chenta die.. die kata die sudah fall in love la kepada awek ni..
agak panjang gak la kesah die..
ape ape pun, yang aku nak highlight adalah part ini:


QuoteKiriman asal oleh bigboy
perasaan nie makin kuat setiap ari, makin jeles bila tgk dia keluar lunch dgn kawan aku.... ohhhh........... kalau bole, aku nak lupakan dia, aku betul2 tak bole lupakan dia, pernah gak aku nak ajak dia lunch.. tapi aku x berani...
Quote

Korang nampak pasal lunch tu kan?
Pasal lunch tu, aku pon bagi la sikit tips..

cewwahh...

maka aku pun reply begini:

Quote Kiriman asal oleh manjacat
ala kalo ko nak sangat lunch dengan die.. gune trick la bai.. ko sure tau die lunch kat mane so taem die pegi lunch tu ko pon pegi la 5 minit lepas tu.. lepas amek makanan, terus je dok sebelah dia...Quote

Haaaa.. OK tak?
Tak boleh blah kan tips yang aku bagi?

aku rasa budak budak forem pun berpendapat sebegitu juga.
Hahaha terus replies selepas tu semua komen pasal tips yang aku bagi tu

Quote Kiriman asal oleh Adreen
huyo kucennnn mcm penah buat je wahahahaha cuma jgn sampai tahap jadi stalker lah tu tak osemQuote
osem = awesome

Adreen: mesti la penah buat..

Quote Kiriman asal oleh morpheuzneo
taktik manjacat tak boleh belah..! biar dia pegi makan dalam 5 minit.. pastu follow dia.. then amik nasi.. lauk .. tiba2 pegi kat sebelah dia.. tanya - boleh saya dok sini? dgn muka tak bersalah.. Quote

Inilah dikatakan tektik mengorat yang agung
by the way, name dah satu opis, ape nak "boleh saya duduk sini" plak.
tayah mintak izin, duduk je

Quote Kiriman asal oleh DarkEmperor
tibe tibe kerel menjadi handal dalam bab bab cenggini... trolololololol.... ko dah try wat care yg kerel tules ke belom TS??Quote
TS = Thread Starter

Cewah.. tetiba terus aku terer kan?

oh, abaikan nama aku yang sekejap "kerel" dan sekejap "manjacat/kucen."
kerel tu adelah name betol aku.

Quote Kiriman asal oleh gbum
Masalahnya si kerel nih.. Finishing hanco.. End up dengan melepek layan lagu putus chenta... Ngan g makan eskrem...

Tapalah kerel... Berusahalah... Eh nie bukan thread utk kerel kan.. NganganhaQuote

Ehhhhh??? siot je si gbum ni
Bukan finishing aku hancor laa..
finishing aku ok, tapi..
Tapi.. dia tipu tipu aku lagi..

sape yang layan raja lawak 5 je paham joke ni
kite citer pasal masalah cinta bigboy laa..
bukan pasal aku

bai the way aku pegi makan eskrem dengan awek je ye.. gile ghey makan eskrem sorang sorang

Quote Kiriman asal oleh DarkEmperor
okeh ini memang fani giler... trololololol...Quote

Kata DarkEmperor sambil merefer kepada posting gbum di atas.
Kurang Asam, Apesal Aku Pulak Yang Kena

Kurang asam betol dapat kawan-kawan macam diorang

She Read My Blog




Oh, kenape aku menulih ari ni..?

Sebab malam semalam Cik Y mesej aku.
Die kata die dah abes khatam semua entry dalam belog aku pasal die..

I guess she don't have to be a rocket scientist kot untuk figure out yang she is Cik Y.

naseb baek die tak baca entry aku pasal die masa bulan mei-ogos. entry di situ sangat jiwang

"Interesting.."
die kata.

Kira ok laa..
Untuk seseorang yang abeskan masa die bergaduh dengan aku,
Surpisingly, reaction die lepas baca belog aku adelah... tak marah kat aku.
Aku dah macam standby da nak kene marah
At least she took it positive.
Jangan perasan ye Manja Kucen.
Maybe sebab die good mood kot.

Citer pasal gado,
Aku rasa macam dah lama plak tak gado dengan Cik Y.


Oh ye, aku nak check jap previous posts aku pasal Cik Y.
Aku sendiri pun dah lupe aku tulis ape pasal Cik Y setakat ini.
Hopefully, tadek ape sangat post post yang menyinggung perasaan die

oh ye, aku sangat happy sebab die dah baca belog aku..

Selamat hari khamis.
Esok aku mao balik kampung.



It Shall Be Engraved Upon Your Soul,