Isnin, Mac 28, 2011

Saya Memang Garang Di Telepon

Aku sepatutnya mengantuk
Tapi aku tak leh tido.

Esok pagi aku kene amek abah dengan maksu dari KLIA.
abah aku, maksu aku dengan pakcik makcik aku balik dari umrah hari ni.

Diorang sampai KLIA kul 9.30am,
maka secara logikanya, paleng lewat aku boleh gerak dari umah aku adelah kul 8 pagi.

Drive dari umah aku ke KLIA dalam 45 minit, campur masa parking dengan aku berjalan dari parking KLIA ke arrival hall (cewah padahal naek lif)
aku rasa, cun-cun kot aku buleh sampai sebelum 9.30am

Kalau nak ikutkan, buleh je kalau aku sampai kul 10 pagi.
sebab, kalau plane landing pukul 9.30 pagi
mesti diorang nak berjalan lagi, menuntut bagasi lagi, clear imigresen/kastam lagi..
Ntah-ntah kul 10.30am baru diorang sampai arrival hall.


Tapi, kalau buleh aku taknak buat gitu
sebab yang aku nak amek ni abah aku.
kalau stakat nak ngambik kawan,
tak kisah kalau nak suruh kawan aku menunggu sejam dua kat airport tu.

Tambah lagi abah aku ni datang dengan pakcik makcik aku.
Karang ape plak yang dipikirkan oleh pakcik makcik aku
bila tengok aku lewat amek abah aku sendiri kan..

Masalahnya...

Aku baru sedar yang telepon aku dah abes bateri.
charger plak tinggal kat opis.
Matik r kalau kalau diorang telepon..



Citer pasal telepon, (.... baru nak sampai kesah sebenar)

malam tadi pakcik aku call aku..
tapi agak malang gak la bagi die,
sebab cara aku jawab tu agak kasar.

Kisahnya, malam tu die telepon aku,
Aku plak mane ade nombo henset pakcik aku.
Jadi, bile aku tengok henset, sah sah la nombo pelik yang kuar.

"Hello," kata aku.
Pakcik aku pegi tanye aku, "ni sape?"

Aku mane la cam suara pakcik aku dalam tepon.

Dan aku plak jenis memang cukop pantang kalau orang yang telepon,
tadek mukadimmah terus tanya aku sapa.

Dah telepon henset aku, sah-sah la aku yang angkat.
Abeh tu, camne buleh dapat nombo aku?

Selamba je aku sound balik pakcik aku,
"Awak yang telepon saya, awak mesti tau saya siapa."

Lepas tu, barulah pakcik aku cakap
"ni ha bapak kamu nak cakap dengan kamu"

Oh, baru aku tau.
Pakcik aku rupanya call dari Arab Saudi.

Pakcik, mentak maaf eh..
anak sedara pakcik ni memang kwajaq sket dalam telepon
kalau dengan orang yang tak kenal.

Cara saya jawab memang kasar.
Bukan apa, kadang-kadang tu yang telepon tu semua telemarketing.
Suruh beli insurans la
Suruh beli kad kredit la...

saye maleh nak layan.

Tiada ulasan: