Isnin, September 19, 2011

Cik Y versus Cik M

aku pom tak tau ni gambau sape. aku maen cedok je.
Yang pasti ni bukan gambar cik Y ataupun cik M.


kisah mencuit hati pada hari ini

Ape persamaan cik Y dan cik M?
kedua-duanya buleh buat aku gembira bila berjumpa dengan diorang.
kalau kitorang kuar, tak kiralah dengan cik Y ataupun cik M,
aku seronok + tak bosan.
dua-dua suka borak dengan aku
dua-dua suka usik aku
dua-dua akan kata, keter brabus aku nilah keter paling best dalam dunia
okeh yang ni tipu

Ape plak perbezaan antara cik Y dan cik M?

Cik M
- Kalau aku antar mesej kat dia, kompem dia balas.
Cik Y - Kalau aku antar mesej kat dia, kadang-kadang dia balas, kadang kadang dia tak balas.

Cik M - Serasi gile dengan aku.
Cik Y - Aku pun tak tau celah mana serasinya kitorang ni

Cik M - Kalau aku tegur die, dan die online, die mesti reply.
Cik Y - Jangan harap la aku akan dapat chat dengan dia kat internet. Sama ada dia malas layan aku, ataupun dia memang malas layan semua laki.

Cik M - kalau sehari aku tak cakap, atau senyap, cik M akan tanye, kenapa senyap, kenapa tak cakap..
Cik Y - kalau aku senyap seminggu pun, dia tak kisah.

Cik M - rajen tanya khabar aku, so, naturally, aku senang nak share semua mende dengan dia, termasuklah masalah-masalah aku.. at the same time, dia pun rajin citer pasal diri dia kat aku. so aku pom tau banyak mende gak pasal dia..
Cik Y - jarang sangat dia tanya pasal aku. jadik bila aku borak dengan dia, kadang-kadang tu, aku terpaksa bukak topik untuk citer pasal diri aku.. walaupun kadang-kadang tu aku mengharap gak dia tanya, supaya aku buleh citer kat dia something.. tapi selalunya, dia tak tanya pun. aku je kot yang suka tanya dia sebab nak amik tau pasal dia..

Cik M - aku rasa, semua menda pasal aku ada dalam database dia. first day ktorang jumpa, first time ktorang date, first time dia borak dengan aku, ape yang aku suke, ape yang aku tak suke, sume dia tau.
Cik Y - Part ni aku pun pelik.. sebab, banyak gak dia tau pasal aku sebenarnya.. walaupun die macam tak brapa amek port sangat ape yang pernah aku citer kat dia pasal diri aku. Tapi, ape yang aku pernah citer kat dia, die still ingat. Sama ada die memang tak berminat nak tau pasal diri aku, ataupun dia ni memang kuat ingatan, ataupun sebenarnya dia berminat tapi tak tau nak reply.

Nampak macam cik M lagi bagus je..
Abes tu, kenapa kau tak kawen dengan cik M je?
sebab..... cik M dah nak kawin dah hujung tahun ni.

Ok. aku rasa sangat loser sekarang.
mari kita dengar lagu loser.

Kalau korang tanya aku, aku ni bakal kawin dengan sape?
jawapan aku ada kat status aku ni...

3 ulasan:

Cempaka Biru @ ally berkata...

Mungkin ko nih ditakdirkan jadi dugaan untuk diorg nih

Unknown berkata...

cis.. sedey giler ayat tersebut. :P

girl from mars berkata...

mcm kenal

eh mmg mengenali beliau pun :p