Ahad, September 04, 2011

Raya, Cik Y dan Majalah Solusi

Selamat Hari Raya @ Selamat Menyambut Hari Kebangsaan.

majalah kegemaran Cik Y, majalah Solusi.
aku terampak majalah ni kat kedai buku aritu. terus aku snap gambar.

Memadangkan orang semua citer pasal raya..
aku pom nak citer pasal raya gak.
Ada 2 versi karangan raya kat sini.

First, kisah raya aku dengan Cik Y.
second, kisah raya aku overall.
yang second tu, nanti-nanti la aku citer.
nak sensor gambar dulu.
nanti baru buleh citer siap taruk gambar skali..

So, citer pasal raya aku dengan Cik Y dulu untuk entry yang ni.
Untuk rekod, (cewah.. untuk rekod la plak)
Kalau tahun lepas, SMS yang aku antar adelah 33% Lazo, 33% Annur dan 33% lagi kepada awek mid valley

Lazo da kawen, so takkan aku nak gi kacau dia.
Awek mid valley plak.. semenjak insiden mid valley tu, aku tak kontek dia dah. bwahahaha.
Annur je yang aku masih contact.
itu pun dah jarang-jarang.
sebab die sibuk dengan orang laen. Tetttt


Takpelah, tu tahun lepas.
Tahun ni buleh dikatakan 50% daripada SMS yang aku antar adelah kepada Cik Y.
50% lagi adelah kepada Ateh, opismet aku.
miskin kawan rupanya aku ni

Jumaat:

Cik Y cuti hari ni..
jadi pagi-pagi die da mesej aku.

"Hehe kepada sedare yang tengah keje tu, keje la k.
kepada sedari yag tengah cuti ni, bergembira lah. Hahaha"

Nak usik aku la tu. Sebab selalunya aku yang usik die sebab dia selalu balik lagi lewat dari aku time puasa... jadi, memadangkan hari ni die cuti & aku keje, maka giliran aku la plak yang kena..

"U dah balik ke? Suda la tak payah wat2 rajin. Hahaha"

kena lagi aku...

Malam tu ktorang bermesej-mesej..
dia tanye aku, malam ni aku mimpi balik kampung ke (sebab dia tau aku nak balik besok)

aku jawab balik, daripada aku mimpi balik kampung, baek aku mimpi dia.

dia usik aku lagi.. mimpikan dia jenis ape tu?

Haha mane bleh aku bagitau dia. Rahsia la..

Sabtu:

Aku balik kampung hari ini.
pagi pagi lagi Cik Y dah mesej aku

"Bangun-bangun. Balik kampung. Kuikuikui"

Sebenarnya time ni aku terharu.
Sebab tak sangka dia masih ingat pasal aku balik kampung hari ni naek keretapi.
Padahal skali je aku bagitau dia.
Tak sangka die berminat gak nak amek tau pasal aku.

Malam tu, ktorang mesej mesej lagi.
yang aku ingat, dia citer kat aku pasal tema baju raya diorang, kaler purple.
So, aku pun tanye la dia. dah beli baju raya purple ke belom?

Dia jawab dia tak beli. Mak dia yang jahitkan. Pastu aku tanye lagi,
dan dia jawab...

"U ni tanya cam baru sehari kenal. ngade2. tumbuk kang.
Orang perak memang ngade2 ek? Haha"

Ahad - Selasa

Cik Y dah balik kampung dia masa ni.
Aku pun sibuk gak kat rumah..
So, tadek mesej..

Rabu

Die mesej aku. time ni die baru balik dari kampung.
tapi die singgah rumah kakak dia dulu.
so sempat la balas-balas mesej..

sebenarnya, time ni aku baru tau yang dia ada kakak.
sebelum ni aku ingatkan dia ada abang je.
dan aku baru tau yang dia ada 2 orang anak buah,
sorang laki & sorang pempuan.
sepasang gitew

dan malam tu, sementara dia dalam keter on the way balik KL
ktorang mesej2 lagi - dia bosan kot dalam keter.

Khamis

pun takde mesej gak.
cuma time ni die bagitau yang die bizi kemas rumah.
ada orang nak datang beraya.
aku pun tak tau sape, coz aku tak tanya lelebey.

cuma time ni aku pegi stesen keretapi sebab nak carik tiket balik ke KL.
masa kat stesen keretapi tu, aku ternampak majalah SOLUSI.

jadi aku pun tangkap gambar.
kenapa aku tangkap gambar?
kunun nak taruk dalam blog. hehehe.

Jumaat

Kalau ikutkan, Cik Y start keje hari ni.
Jadi macam aku pun semangat la nak SMS dia
maklom la, hari ini aku cuti dan dia keje.
maka harus la aku nak usik usik dia barang se-SMS dua...

"I MC today."





hampehs. baru je nak berlagak.
rupa-rupanya dia pun cuti gak.

dan malam tu, ktorang bermesej-mesej lagi.
antara topik hari tu, pasal majalah SOLUSI tu la.
aku saje tanya dia, dia still kumpul lagi ke majalah tu?
dia kata dia masih kumpul..
die tanye aku, majalah SOLUSI yang latest dah kuar ke belom?

aku jawab ntah.

dengan pantasnya aku capai kamera - sebab dalam kamera aku ada aku snap gambar majalah tu.
dengan kompiden je aku jawab
"aritu nampak majalah SOLUSI kat kedai, yang kat cover dia tules Sihat Tanpa Maksiat."

cewah, hebatkan aku? macam dah hafal.
padahal tengok kat kamera.

Tiada ulasan: