Selasa, Julai 13, 2010

Rejim Gila

Ape kerja paling gile korang penah buat untuk kuruskan badan?
Maksud aku, korang melancarkan satu diet/gaya hidup yang korang sendiri pun tak memang tak sihat, tapi korang buat gak sebab gile nak menguruskan badan.

Sepanjang hidup aku, aku penah buat 2 Rejim yang menyebabkan berat badan aku turun gile-gile.

@@@@@@@@@@@

Rejim Gila #1

1st, masa aku baru-baru nak masuk A-Level. Masa tu, memang tak biasa makan kat kantin, jadi aku tak makan kat kantin skolah, mahupun kantin rumah. Boleh dikatakan aku tak makan pagi, tengah hari dan petang. Malam-malam makan maggi + telur.

Gile kan?

Sampai kena sound dengan housemate aku.

Hasilnya. Aku turun 7 kilo dalam masa 1 minggu.

@@@@@@@@@@@@

Rejim Gila #2

Ok. Rejim Gila #2 ni aku buat masa aku kat oversea. Masa tu, tengah orang laen sume balik kampung time summer, aku tak balik. Kunun-kunun penghuni setia UK la.

Kira dalam masa 3 bulan tu, aku keje gile2 untuk kumpul duet. Well tadek la giler sangat.. tapi kira aku banyak gak la sapu apa-apa peluang kerja yang aku dapat kat sana.

Makanan aku masa tu, Pringles, Sandwich Tuna Mayo, dengan Fish Fingers.

Nasik memang tak sentuh langsung la.
Bukan sebab tak jumpa nasik, tapi sebab malas nak masak lauk.
kalau gian sangat nasik, aku makan NKT (nasik kicap telur)

Tu belom citer aku nye workout lagi.

Angkat Dumbell, Renang, Jogging, sume aku buat (cuma tak de la buat semua dalam 1 hari)

Hasilnya: aku turun 15 kilo kot kalau aku tak silap. Yang aku ingat, saiz seluar aku turun dari 38 ke 32.

Dan yang lagi best. Stamina aku masa tu gile-gile tinggi. Aku boleh lari sama laju dengan semua junior yang baru masuk ke Uni aku.

@@@@@@@@@@

Cepat Turun, Cepat Gak Naek Balik

Tapi, itu dulu.

Skali balik mesia, 6 bulan jadik penganggur terhormat..
Memang berjaya la aku membina badan.
Tambah plak mak masak sedap.
Tengah hari makan, makan pun makan.

Akibatnya,

saiz pinggang aku naek dari 32, naek balik sampai 42.

Gile, kan?

@@@@@@@@@@@@

Skarang ni baru la turun balik jadi 36.
Aku aim sekurang-kurangnya nak turun jadik 32 sebelom raya ni.
Tak tau la berjaya ke tidak.
Kalau berjaya, ini akan jadik Rejim Gila #3 dalam cubaan menguruskan badan.

Marilah kita sama-sama mengharap supaya Rejim Gila #3 ini akan berjaya.

@@@@@@@@@@@@@

2 ulasan:

aruzyma berkata...

wow wow.. rizal yang kurus?? menarik betul isi post ni...hehehe :P
patutlah bila maen badminton ada gaya atlet, rupanya dulu2 aktif jugak ye...hehehe never judge a book by its cover!

Unknown berkata...

hahaha....

blur sekejap sape aruzyma ni. sepatutnya aruzyam la.. :P

biasa la.. suke bersukan. :)