Sabtu, Julai 10, 2010

Teori I: Selagi Korang Tak Gaduh, Korang Takkan Couple.

Teori die camni.

Korang dah berbulan-bulan rapat dengan pasangan korang ni. Kuar sesama, makan sesama.. SMS tiap-tiap malam. tak cukup dengan SMS, siap telepon. Siap tolong topapkan pasangan kalau pasangan abes kredit..

Kene gossip tayah citerlah. Walaupun tak suka kene gossip, tapi secara rahsia, korang berharap bahawa gossip tersebut akan menjadi kenyataan.

Tapi.. kenape setelah sekian lama menunggu, korang masih belom kapel?

Jawapannya simple je. Sebab, korang tak pernah gaduh.

Selagi si lelaki menjaga hati perempuan, dan selagi perempuan menjaga hati lelaki, selagi itu la hubungan korang akan jadi 'tak lebih dari kawan.'

Biasanya gaduh ni bermula bila seseorang menyuarakan ketidakpuasan hati. Nak carik punca gaduh tak susah, carik je alasan-alasan bangang untuk mulakan pergaduhan, macam

"kenapa awak lambat balas esemes saya?"

Maka korang pun mula bergaduh.

Selepas 2-3 jam, salah seorang akan mengalah dan mula memujuk.
Ketika memujuk, maka adalah sessi hati ke hati.
Bila ada sessi hati ke hati, baru la korang tau betapa sayangnya pasangan korang tu terhadap korang. Contoh sessi hati ke hati..

"Saya sebenarnya rindu, tapi tak sayang. Saya sebenarnya sayang, tapi tak cinta.."

Biasalah. Selagi belom declare, mane bole cakap ilebiu.

Maka ketika itulah masa yang sesuai untuk mendeclare..


Selepas declare. bolehlah cakap ilebiu puas-puas.

Sekian Teori Aku.
Sapa Sokong, Angkat Tangan.

Take care and be good. Sekian Percubaan Pertama Saya Memosting Di Blogspot ini.

Tiada ulasan: