Isnin, Ogos 22, 2011

Makan Jem Di Besraya


jem kat besraya

Tengah hari sabtu lepas, aku dapat tepom.

Rupanya kawan aku ada interbiu sabtu lepas.
kawan aku tepom tanye UPM-MTDC kat mane,
jadi die tepom aku sebab die tau aku keje kat UPM..
UPM-MTDC tu kan opis aku, kompem-kompem la aku tau.

jadi die ajak aku teman.. oh so sweet

Ok. aku tipu je.
Teman la sangat
Sebenarnye die mintak aku tunjukkan jalan.
Jadi die kata, kul 2 lebih camtu die nak amek aku kat Mines.

"Mane plak awek ni?" kataku di dalam hati. "kul 2 cakap ada kat South City, takkan 2.30 tak sampai sampai lagi." Aku tadek hal, bukan aku yang nak pegi intebiu..



Tunggu punye tunggu, dalam 2.45 kot baru die datang amek aku. Nak jadikan citer, highway besraya jem plak pade hari tersebut.. Rupa-rupanya kawan aku lambat sebab jem. die kata dari Seri Kembangan nak pegi Mines pun jem..

Sampai aku da abes pusing mines tu pun die tak sampai sampai lagi

"Jauh lagi ke?" tanye kawan aku tentang lokasi UPM-MTDC daripada Mines.
dekat je... tak sampai 5 menet pon - kalau tak jem laa.

gambo orang frust tengok jem

"abes la, tak dapat la interbiu kali ni.." rungut kawan aku.
jem punye pasal, trip yang sepatutnye amek masa 5 menet je dari Mines, jadi setengah jam..

dan lagi best, interbiu kawan aku tu amek masa 2 jam.
Memandangkan tadi ktorang pegi dengan satu keter, maka harus la aku menunggu sampai die balik. Nak bawak lari keter die, minyak pom da nak abes..

Macam la aku tak boleh pegi isi sendiri

Hari tu sepatutnya aku kene event berbukak pose kat tengah tengah KL - dan aku kene carpool amek kawan kawan aku.. malangnya, aku masih di UPM tunggu kawan aku abes intebiu..
kecian, pasrah jelah kawan-kawan aku (yang carpool aku malam tu) bila aku mesej diorang cakap aku lambat sket sampai.

"HARAP SEMUA YANG PERGI NI DATANG AWAL ATAU TEPAT PADA MASANYA.
TOLONG JAGA BAIK NAMA FORUM"


macam tu la lebey kurang warning letter suruh ktorang datang awal pada event tersebut.

Kul 6 petang, aku masih lagi kat UPM.
Selipar da mesej aku, "ko kat mane?"
"aku kat UPM" balas aku.

mesti die mati-mati ingat aku kene keje time weekend

Sudahnya, kul 6 lebey kot baru ktorang gerak dari rumah aku.
Apa harapan nak datang awal atau tepat pada masanya

kawan aku menguntum senyuman depan kamera
walaupom dalam hati rasa tak best sebab datang lewat interbiu keje

Oklah. balik semula kepada citer kawan aku yang pegi intebiu ni.
Malangnya ktorang duorang ada hal masing-masing aritu.
Die nak pegi bukak pose dengan kawan-kawan die kat Shah Alam.
Aku plak nak bukak pose dengan kawan kawan aku kat tengah tengah KL.

Ches, rugi.
kalau tak buleh aku pow die belanja bukak pose

kawan aku plak rasa bersalah sebab "pinjam" aku lama - sampai kul 6 petang.
tadek la, ekceli aku tak kisah sangat pun tolong awek cun kawan.
Macam la aku sibuk sangat hari tu

Oh, masa tengah menaip entry ni, baru aku teringat.
Payung aku tertinggal dalam keter die.
kena la jumpa lagi sekali.



It Shall be Engraved Upon Your Soul,



Tiada ulasan: